Skip to content

Saiful Bukhari kembali menulis…

December 29, 2008
Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Bekas Pembantu Khas Pengerusi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat majikannya itu enam bulan lalu, kembali mengisi blognya sempena sambutan Maal Hijrah dengan menyifatkan enam bulan yang lalu sebagai tempoh yang `paling sukar dalam hidupnya’.

Aku sekadar ingin berkongsi… bukan menyokong mahupun menentang Mohd Saiful Bukhari…  Di bawah ini adalah transkrip penuh kenyataannya menerusi tajuk Salam Maal Hijrah 1430 yang dipetik dari laman blognya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com … kali terakhir dia menulis dalam laman blognya adalah pada Aidilfitri lalu.

Terbenamnya fajar sebentar sahaja lagi menandakan telah masuknya bulan Muharram bagi semua penganut beragama Islam. Awal Muharram juga sinonim dengan nama Maal Hijrah yang diambil sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W dari kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 masihi. Ia juga menandakan permulaan tahun Hijrah bagi umat Islam.

Umum mengetahui, konteks Hijrah ini tidak semestinya berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat. dalam konteks Hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insyaallah pertolongan dari Allah S.W.T akan tiba. Tetapi, seseorang itu perlulah berhijrah dengan penuh Ikhlas, Benar, Sabar serta berserah sepenuhnya kepada Allah S.W.T.

Hari ini, 28 Disember 2008 genaplah sudah 6 Bulan dari hari saya membuat laporan polis di wad OSCC Hospital Kuala Lumpur. Terus terang, inilah 6 bulan yang paling mencabar dalam hidup saya. Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya. Namun, Alhamdulillah saya bersyukur kerana dengan kuasa Allah S.W.T, saya dan keluarga telah diberi kekuatan, pertolongan dan semangat bagi menghadapi dugaan ini dengan penuh tenang dan sabar.

Bagi saya, saya hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka tetapi yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah S.W.T. Saya hanya mampu berdoa dan berserah. Dalam tempoh 6 bulan ini juga, pelbagai pengalaman dan pelajaran dapat saya pelajari dan sekali gus mengubah diri saya. Ianya bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak. Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan, hijrah dan konsep penyerahan diri kepada Allah S.W.T.

Saya tidak pernah sama sekali menyesal di atas pengorbanan dan penghijrahan ini, malah ia telah memberikan saya lebih semangat untuk menghadapi hari-hari mencabar di masa akan datang terutama semasa Hari Perbicaraan kes saya nanti. walaupun terkilan diatas kelewatan hari perbicaraan, mungkin ini antara hikmahnya.

Jadi sama-samalah kita menyambut Maal Hijrah ini dengan penuh keinsafan dan membina azam baru.

Salam Ma’al Hijrah

SAIFUL BUKHARI

(dipetik dari http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com)

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: