Skip to content

Penulis blog hina Islam tengah cuak

December 27, 2008
Dah `diremoved'...

Dah `diremoved'...

Nampaknya, penulis blog berani mati yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW yang sebelum ini dengan riaknya sanggup berdebat dengan sesiapa saja kononnya kerana berfikiran terbuka, rupa-rupanya dah cuak apabila cerita laman blognya heboh diperkatakan di Buletin Utama TV3, Harian Metro serta laporan muka depan Utusan.

Buktinya, pagi tadi ketika aku membuka laman blog berkenaan, ia sudah `diremoved’… siapa lagi nak removed blog tu kalau bukan pemiliknya… pastinya dia tengah cuak gila babi takut kegiatannya dikesan pihak berkuasa… Sebelum ni, bukan main lantang lagi penulis tu berkata akan buat laporan polis jika pengunjung laman blognya membuat kacau terhadap blog berkenaan… Katanya, blognya itu bukan untuk `olang kampung’… Nampaknya, tau pulak cuak…

Tetapi, walaupun sudah `diremoved’, aku tetap berharap agar penulis blog itu dapat juga dikesan pihak berkuasa supaya tindakan tegas dapat diambil… aku nak tengok sangat rupa manusia yang sanggup menghina agama Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW…

Bernama hari ini melaporkan, polis akan menyiasat perbuatan tidak bertanggungjawab individu yang menyiarkan artikel menghina Nabi Muhammad SAW itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, berkata perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan marah dan tersinggung khususnya kepada umat Islam dan orang Melayu serta mengundang konflik perasaan, agama dan bangsa.

Ismail berkata, dari sudut perundangan, ia dianggap satu kesalahan di bawah Akta Hasutan dan polis akan segera menyiasat pemilik serta penulis blog berkenaan.

Di Kemaman, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam laman blog yang menghina Nabi Muhammad SAW, mendakwa laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

Katanya, wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.

“Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W.

“Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja,” katanya.

Di Alor Gajah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menimbulkan masalah besar dalam negara ini. “Saya sudah beritahu kepada polis dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya mengambil tindakan segera,” katanya.

One Comment leave one →
  1. ahmad permalink
    March 15, 2010 4:29 pm

    kehancuran!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: