Skip to content

Hati-hati mendampingi wanita jelita

December 25, 2008
Laura Zuniga

Laura Zuniga

BAGI lelaki-lelaki yang mahu mencari wanita cantik terutama bertaraf ratu cantik… aku nasihatkan agar berhati-hati kerana silap hari bulan, wanita impian anda itu adalah penjenayah besar yang terlibat dengan sindiket penjualan senjata…

Di Guadalajara, Mexico, Ratu cantik Mexico dari bandar Sinaloa, ditahan bersama beberapa lelaki disyaki anggota kumpulan penjenayah dalam trak dipenuhi senjata api dan peluru.

Laporan akhbar menyebut, Ratu Sinaloa 2008, Laura Zuniga tunduk dengan rambut menutup wajahnya ketika dia bersama tujuh lelaki ditunjukkan kepada pemberita. Askar memakai topeng ski mengawal model berusia 23 tahun itu dan suspek lain.

Zuniga ditahan malam Isnin lalu di pusat pemeriksaan tentera di Zapopan, di luar bandar Guadalajara. Zuniga menaiki sebuah daripada dua trak ditahan tentera yang membawa banyak senjata api termasuk dua laras raifal AR-15 dan .38; senapang 9 milimeter, sembilan bekas peluru, 633 kelongsong dan mata wang AS$53,300 (RM186,550).

Polis mengenal pasti seorang daripada lelaki yang ditahan adalah abang lelaki yang didakwa pengedar dadah dari bandar Ciudad Juarez dekat sempadan Amerika yang juga teman lelaki Zuniga.

Zuniga yang juga bekas guru tadika memenangi gelaran Ratu Sinaloa Julai lalu, dia memberikan ucapan yang mempesonakan mengenai bagaimana masyarakat harus lebih menghargai wanita terutama ibu.

Oktober lalu, dia memenangi pertandingan Ratu Hispanoamerican mengalahkan pesaingnya dari seluruh Amerika Latin. Dia juga menduduki tempat ketiga pertandingan Nuestra Belleza, Mexico, September lalu dengan pemenang mewakili negara itu ke pertandingan Ratu Universe.

Sebagai pemenang ketiga, dia dijangka mewakili Mexico bagi pertandingan Ratu Antarabangsa 2009.

One Comment leave one →
  1. December 26, 2008 12:27 pm

    dampingi xpe..jgn kawen..muahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: