Skip to content

Antara Teluk Anson, Sungai Petai, Gunung Semanggol dan Simpang Pulai

December 25, 2008
Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

AKU memang suka berkawan… aku berkawan tak kira bangsa, agama, warna kulit dan keturunan… sama ada lelaki, perempuan, lembut, kasar, gemuk, kurus, hensem, bijak, kurang cerdik, baik, jahat dan sebagainya. Pendek kata, aku berkawan dengan semua orang, asalkan orang itu memahami serta menghormati aku sebagai kawan.

Tapi, sama ada suratan atau kebetulan… kawan rapat aku sejak dari zaman sekolah adalah orang Perak… aku bukan berasal dari Perak, apa lagi mempunyai adik-beradik atau saudara mara dari negeri itu, tapi tak tahu kenapa, dalam ramai-ramai orang yang aku jumpa, aku akhirnya akan rapat dan bersahabat baik dengan orang Perak.

Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Selayang Bharu, aku bersahabat baik dengan Farisya a.k.a Botak yang berasal dari Gunung Semanggol, Perak… bapanya berasal dari Teluk Anson atau lebih dikenali sebagai Teluk Intan… kalau di sekolah dulu, di mana ada aku, di situlah ada Botak… begitu juga sebaliknya… dan kami berkawan rapat sehingga sekarang…

Ketika di Tingkatan 4, selepas Botak memasuki Sekolah Teknik di Kulim… aku rapat dengan Mohd Faizal yang lebih glamour dengan panggilan Faizal Joe… Faizal berasal dari Teluk Intan dan penyokong kuat pasukan Perak… selain kerana mempunyai keghairahan yang sama terhadap bola… kami juga meminati muzik rock dan selalu bertukar kaset Search, Wings serta Scorpions… malah, Faizal jugalah yang tolong belikan untuk aku kaset Aris Ariwatan yang mengandungi lagu Cinta Tak Kenal Siapa di pasar raya Bintang kerana aku malu pada awek sales girl di situ (malu sebab beli kaset penyanyi Melayu dan takut dipanggil jiwang)… sehingga kini, kami masih mempunyai minat yang sama iaitu terhadap lagu-lagu Indonesia terutama Dewa…

Ketika melanjutkan pengajian ke UiTM Shah Alam pada 1997, aku semacam terkena kejutan budaya… daripada budak yang terperosok sepanjang masa di Selayang, aku kini berjumpa rakan dari serata negeri dengan pelbagai loghat dari seluruh negara… aku agak pendiam ketika itu dan tak mempunyai ramai kawan… sehinggalah aku berjumpa dengan Rozlisham yang berasal dari Kampung Sungai Petai, Taiping, Perak. Kami berkawan rapat walaupun  sering bergaduh perkara berkaitan bola kerana dia penyokong Perak dan Manchester United, manakala aku pula penyokong Selangor dan Liverpool… Selepas tamat pengajian, aku jarang berhubung dengannya… setahu aku, Sham kini menjadi guru di Kuala Selangor.

Ketika melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, aku berkawan rapat dengan Farid yang aku gelar Otai Beron kerana dia terkenal dengan sikap panas barannya terutama suka menumbuk dinding apabila tertekan ketika mengulang kaji pelajaran menjelang peperiksaan akhir… Walaupun begitu, Farid yang berasal dari Simpang Pulai, Ipoh adalah antara kawan yang paling sempoi, kelakar dan suka menasihatkan aku dalam pelbagai hal… Farid kini bertugas dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kami masih sentiasa berhubung walaupun jarang berjumpa.

Disebabkan hubungan yang rapat dengan ramai orang Perak, ada rakan yang kata pada aku supaya mencari awek di kalangan orang Perak supaya serasi dalam perhubungan… Sama ada suratan atau kebetulan, aku tidak pernah mempunyai hubungan istimewa, apa lagi bercinta dengan gadis Perak… malah, tak pernah pun cuba mengorat atau mengayat awek Perak… mungkin tak jumpa yang sesuai kot… Namun, aku sudah pun berkahwin dengan orang Selangor… hehe…

Bagaimanapun, aku juga mempunyai sahabat yang sangat rapat dari negeri lain termasuk Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Penang, Kuala Lumpur, Perlis, Selangor dan lain-lain yang banyak memberi sokongan ketika suka dan duka… kerana bagi aku yang bukan siapa-siapa ini… asal usul, bahasa, warna kulit dan latar belakang bukanlah ukuran dalam menentukan eratnya sebuah persahabatan…

5 Comments leave one →
  1. akula.. permalink
    December 25, 2008 6:30 pm

    Memang kuat penangan orang Perak ni. Kengkawan kat ofis aku pun kebanyakannya berasal dari Perak sampai digelar GENG-08 sebab mengambil sempena nombor tengah dalam IC mereka.
    err.. Laki aku pun orang Perak.. So kat ofis aku digelar Perak celup.. hu hu..

    Kejor Yeop kejor!!

  2. December 26, 2008 12:26 pm

    aku ni bkn kawan ko ker…

  3. mywanfai permalink*
    December 26, 2008 12:56 pm

    akula… – kejor yeop kejor!

    manlukeman – aku berkawan baik dgn semua
    orang… tapi tak tau kenapa ramai
    dari Perak

  4. December 31, 2008 11:10 am

    farid @ otai beron @ lop kini masih lagi mengekalkan sifat panas barannya dan sudah mula pandai mempraktiskan amalan berleter ketika memberi nasihat.

  5. mywanfai permalink*
    December 31, 2008 8:01 pm

    farafiza, amalan berleter tu dah lama dia
    praktikkan dan terus diamalkan hingga
    sekarang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: