Skip to content

Penangan kasut terbang

December 23, 2008

mainpix1Haha… wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi bukan saja secara tiba-tiba dikenali seantero dunia kerana melancarkan serangan kasut terbang ke arah George W Bush, malah menyebabkan penjualan kasut berkenaan meningkat secara mendadak berikutan permintaan tinggi dari seluruh dunia.

Laporan akhbar menyebut, Ramazan Baydan iaitu pemilik Syarikat Baydan Shoe yang beribu pejabat di Istanbul, Turki, kini menerima tempahan dari seluruh dunia selepas mengesahkan bahawa syarikatnya adalah pengeluar kasut kulit berwarna hitam yang dilemparkan Zaidi kepada Bush pada satu sidang akhbar minggu lalu.

Malah, beliau terpaksa mengambil khidmat 100 orang pekerja tambahan untuk memenuhi tempahan 300,000 pasang kasut Model 271, jumlah tempahan yang empat kali ganda melebihi jualan tahunan syarikat itu, sebagai sokongan kepada tindakan wartawan berkenaan. 

Tempahan paling besar diterima syarikat itu ialah dari Amerika dan Britain, selain negara Islam yang berjiran.

“Kami menerima tempahan 120,000 pasang kasut dari Iraq, manakala sebuah syarikat di Amerika menempah 18,000 pasang. Sebuah firma Britain juga menawarkan untuk menjadi pengedar bagi kasut itu untuk jualan di Eropah,” katanya.

Baydan berkata kasut model 271 itu sudah berada di pasaran sejak 1999 dan dijual dengan harga kira-kira £28 (RM196) di Turki.

Peningkatan mendadak terhadap tempahan kasut model itu juga dicatatkan di Syria, Mesir dan Iran, manakala persekutuan pembuat kasut di negara berkenaan menawarkan Zaidi dan keluarganya bekalan kasut untuk seumur hidup.

Baydan turut merancang menukar nama model kasut 271 itu kepada model ‘the Bush Shoe’ atau ‘Bye-Bye Bush’.

Nampaknya, semua wartawan di Malaysia juga sepatutnya memakai kasut berkenaan sebagai tanda sokongan kepada Zaidi… tapi jangan pula dilemparkan kepada pemimpin negara… chiow…

3 Comments leave one →
  1. December 24, 2008 12:56 pm

    tetibe je rase aku nk beli kasut baru..

  2. December 25, 2008 3:28 am

    bro, lepas ni berlambaklah kasut ni kat uptown…

  3. mywanfai permalink*
    December 25, 2008 4:02 pm

    manlukeman & syahrilkadir – kalau tau kat mana ada jual kasut ni, jangan lupa roger…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: