Skip to content

`Dah takdir… nak buat macam mana’…

December 23, 2008
Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Hari ini aku nak berbicara soal takdir… aku selalu tegur kawan-kawan yang selalu menyalahkan takdir apabila gagal dalam sesuatu sama ada dalam sukan, kerjaya, peperiksaan mahupun percintaan… aku katakan pada mereka kenapa kita perlu salahkan takdir sedangkan apa yang berlaku adalah kesilapan atau kegagalan di pihak kita sendiri.

Bagi aku, takdir hanya berlaku apabila kita telah berusaha sehabis baik tetapi akhirnya tetap tidak berjaya… contohnya kita dah belajar bersungguh-sungguh, tup tup time exam eksiden… ini dinamakan takdir… tapi kalau dah memang bengap, lepas tu pulak pemalas nak baca buku, bila fail exam mulalah kata `dah takdir, nak buat macam mana’… ini tak betul.

Contoh lain pula ialah seseorang itu dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna atau cacat, so bagi aku itu adalah takdir… tapi bagaimana kalau kita buat jahat seperti mencuri lepas tu kena tangkap polis dan disumbat ke dalam penjara pun boleh dikatakan takdir?? Itu salah sendiri namanya…

Kalau seseorang itu mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan jalan raya  yang disebabkan kecuaian pihak lain, contohnya dia memandu secara berhemat dan mematuhi peraturan jalan raya tetapi tiba-tiba lori datang dari arah bertentangan hilang kawalan dan melanggarnya, maka itu adalah takdir… atau tengah bawa kereta tiba-tiba lembu melintas dan tak sempat elak sehingga terbabas, haa… itu pun takdir.

Tapi, kalau merempit, berlumba di jalan raya, mabuk serta memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan… maka itu bukanlah takdir… itu namanya sengaja cari pasal menempah maut.

Dalam percintaan pun sama juga… contohnya, Karim suka pada Ayu, tapi baru sekali mengayat takde respon terus kata `dah takdir dia tak suka kat aku’… mana boleh, kalau nak sesuatu kenalah cuba habis-habisan… kecuali masa baru nak mengorat tiba-tiba Ayu meninggal dunia atau fly ke UK kerana melanjutkan pelajaran, itu mungkin boleh dikatakan takdir.

Ataupun, Ayu menolak cinta Karim dengan alasan `sudah takdir kita tidak ada jodoh untuk bersama’… sedangkan semua orang tahu Karim tu tak hensem langsung, hodoh, badan pulak berbau dan sengkek pulak tu… haa.. itu kita tahu Ayu sengaja menggunakan takdir sebagai alasan untuk menyelamat diri… kalau kes macam ni takpe kot.

Ok kalau seorang graduan dah buat pelbagai usaha mintak kerja dan hantar resume ke macam-macam syarikat dan bila time interview pun dah buat yang terbaik tapi lepas 6 bulan masih tetap menganggur… kita boleh kata takdir belum menyebelahi graduan ni… Tapi, kalau terbongkang je kat rumah, habiskan duit mak bapak pergi main snuker dan langsung tak ada usaha nak cari kerja… jangan nak salahkan takdir kalau dah bertahun-tahun menganggur.

Last but not least… aha… pasal berat badan… diri sendiri yang melantak tak ingat dunia, lepas tu pulak membuta… bersenam langsung takde… haa bila seluar dah tak muat, baju pun dah sendat dan kawan-kawan pun kutuk… mulalah kata `dah takdir aku gemuk nak buat macam mana’… fikir-fikirkanlah…

One Comment leave one →
  1. December 23, 2008 11:03 am

    yela..dh takdir, nk wat camne..hati kena kuat bro..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: