Skip to content

Ohh… Kuala Lumpur sudah jauh meninggalkan aku Part II

December 21, 2008
Nidji

Nidji

DALAM entry bertajuk `Ohh… Kuala Lumpur sudah jauh meninggalkan aku’ sebelum ini’, aku bercerita  mengenai perubahan yang berlaku di KL sepanjang tiga tahun lalu sejak aku hidup merantau kerana bertugas di Kota Bharu. Kali ini, aku nak berkongsi sedikit pengalaman yang aku lalui ketika pulang bercuti di KL baru-baru ini. Mungkin bagi orang KL ia perkara biasa, tetapi bagi aku yang jarang-jarang balik, terasa banyak perubahannya.

Pada tahun 2005 iaitu ketika aku masih bekerja di KL, aku tak berapa nak ingat pakaian jenis apa atau fesyen apa yang menjadi ikutan remaja dan anak muda ketika itu… kalau tak silap, masa tu anak muda lebih terpengaruh dengan fesyen dari Singapura dan Indonesia… nak sebut jenis fesyen aku pun tak tahu sebab aku bukanlah pandai pasal fesyen. Sebab tu kawan-kawan selalu kutuk yang aku ni tak reti berfesyen dan tak up to date.

Nidji

Nidji

Tetapi, baru-baru ini, ketika window shopping bersama seorang rakan di plaza Sungei Wang, baru aku perasan yang anak muda sekarang gemar memakai seluar jeans ketat dan singkat, berambut kerinting sambil melilitkan kain yang selalunya dipakai oleh Pak Aji atau Tok Imam ketika pergi ke surau! Baru aku sedar, remaja sekarang nampaknya terikut-ikut dengan fesyen yang digayakan band terkenal dari Indonesia – Nidji. Nampaknya, benarlah artis adalah ikon yang selalu menjadi ikutan masyarakat terutama remaja. Ohh… Kuala Lumpur sudah jauh meninggalkan aku.

Minggu lepas, ketika hendak ke Puduraya untuk mengambil seorang rakan, aku terlihat beberapa remaja lepak di luar sebuah 7 Eleven di jalan apa ntah aku pun tak tahu…  semuanya berpakaian dan berambut seperti anggota kumpulan Nidji (besar betul pengaruh Nidji ni)… yang lebih gempak lagi, dua daripada mereka memikul beg gitar di bahu… Dan ketika lepak di kedai mamak di Selayang bersama rakan, di meja sebelah kami ada sekumpulan anak muda menyanyi sambil bermain gitar tanpa menghiraukan orang ramai di sekililing… perghhh… Kuala Lumpur sudah jauh meninggalkan aku.

Nabil Raja Lawak

Nabil Raja Lawak

Satu lagi yang aku perasan, anak muda sekarang juga suka memakai topi secara senget… member aku cakap: “Kalau zaman kita dulu, nak pancing awek punyalah kena pakai smart-smart, budak-budak sekarang senang… cuma pakai topi senget dengan seluar pendek je.” Selain itu, ramai juga anak muda yang suka pakai topi macam Nabil Raja Lawak… sampaikan masa kenduri kahwin kat kampung bini aku beberapa bulan lalu pun ada jugak yang datang makan kenduri tanpa segan silu memakai topi Nabil tu. Hmmm… Kuala Lumpur sudah jauh meninggalkan aku.

Bukanlah aku nak mempertikaikan fesyen dan gaya anak muda zaman sekarang… aku menghormati gaya mereka… setiap zaman ada trend tersendiri dan begitu juga zaman aku dulu… Cuma aku je yang ketinggalan… Dulu, aku juga sempat merasai perubahan stail dari imej seluar ketat kepada seluar boot cut, zaman rappers, GQ hinggalah ntah apa lagi fesyen pun aku tak tahu… cuma aku baru perasan fesyen remaja sekarang dah jauh berbeza berbanding ketika aku berada di KL tiga tahun dulu… Ohh… Kuala Lumpur sudah jauh meninggalkan aku…

2 Comments leave one →
  1. akula.. permalink
    December 22, 2008 3:25 pm

    Aku tau…

    Fesyen baju kemeja merah dan seluar merah kotak-kotak waktu pergi Melaka dengan geng-geng..

    Tak pun fesyen jeket windbreaker KRU yang dipakai tanpa kancing atau zip.. aku rasa Yusri KRU pun dah tak sanggup nak pakai stail tu lagi..

    hu hu…

  2. December 23, 2008 11:01 am

    mintak sgt ko ni nk blk KL..g la..kalu x, pasti ko akan nyesal..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: