Skip to content

Kenali Aidil Zafuan dan Rita Rudaini

December 18, 2008
Aidil mengawal pemain Chelsea, Joe Cole

Aidil mengawal pemain Chelsea, Joe Cole

Aku sebenarnya tak minat sangat nak bergossip, terutamanya membabitkan hal rumah tangga artis… tapi sekadar untuk berkongsi, di sini aku nyatakan serba sedikit latar belakang pasangan pengantin baru (yang dah tak baru lagi), Aidil Zafuan dan Rita Rudaini.

Nama penuh: Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak… umur: 21 tahun
  * Tinggi 175 sentimeter dan berat 75 kilogram
  * mewakili Negeri Sembilan dalam Liga Super serta skuad Kebangsaan di posisi pertahanan, kembarnya  Zaquan Adha di posisi penyerang
  * pendiam dan mengagumi bekas pemain kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun

Rita Rudaini

Rita Rudaini

Nama penuh: Rita Rudaini Mokhtar
  * Tarikh Lahir: 11 April 1976
  * Asal: Utan Aji, Kangar, Perlis
  * Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik
  * Perkahwinan: Mendirikan rumah tangga dengan pengulas sukan TV3 pada 1999, namun bercerai pada 2001
  * Antara drama: Rahsia Hati (Astro) dan Rozana (TV3)
  * Filem: Mendam Berahi, Mami Jarum, Mami Jarum Junior, Mistik, Makar dan Cinta
  * PENCAPAIAN: Ikon Celcom bersama Maya Karin, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz

Pasangan ini mula digosipkan bercinta sejak 2006, ketika itu Aidil Zafuan masih berusia 19 tahun. Hubungan mereka dikatakan tidak direstui keluarga Aidil Zafuan. Malah, bapanya, Abdul Radzak Salleh pernah menafikan hubungan cinta anaknya dengan pelakon terbabit. Menjawab soalan ketika temu bual dengan Berita Harian beberapa bulan lalu, Aidil Zafuan pernah berkata dia akan berkahwin dengan wanita pilihannya apabila tiba masanya dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Ilahi (tetapi rupa-rupanya dah kahwin).

Aidil zafuan pernah mendapat pujian daripada peminat bola sepak tempatan termasuk pengkritik sukan terkenal, Shebby ekoran aksi cemerlangnya ketika Malaysia menentang Chelsea dalam perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur, Julai lalu. Aidil Zafuan dan kembarnya berjaya memikat perhatian beberapa ejen bola sepak Slovakia ketika bersama skuad kebangsaan dalam siri perlawanan persahabatan di negara Balkan itu September lalu.

Rita Rudaini pula sentiasa tidak lekang dengan kontroversi. Paling meninggalkan kesan ialah kontroversi bersama Lis Dawati yang menyaksikan aksi pergaduhan mereka di dalam kolam renang di sebuah hotel di Pulau Pinang, 15 Ogos 2006 ketika menjayakan penggambaran drama Kau Yang Ku Sayang, arahan Rashid Sibir. Rita juga diheret ke mahkamah apabila menerima surat saman daripada Orbit Mediasari Sdn Bhd membabitkan tuntutan RM85,000.

Rita juga pernah dituduh kononnya sudah mempunyai dua anak iaitu seorang anak lelaki berusia tujuh tahun dan perempuan berusia enam tahun. Kononnya kedua-dua anak itu berada di Perlis dan dipelihara ibu saudara Rita. Bagaimanapun, Rita menafikannya.

Turut menjadi isu, apabila Rita menumpang duduk di tempat wartawan ketika menyaksikan perlawanan persahabatan Malaysia dan Chelsea di Stadium Shah Alam sehingga kredibiliti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dipertikaikan sesetengah pihak apabila membenarkan artis berada di tempat yang dikhaskan kepada wakil media. Rita kemudian berkata, dia dipelawa wartawan untuk duduk di situ.

4 Comments leave one →
  1. December 23, 2008 5:41 pm

    Takpe lah. Lebih baik mereka kahwin di Siam daripada mereka buat maksiat.

    Ibu bapa mesti akan ampunkan dosa anak, insyallah.

    Kita patut doakan rumahtangga mereka aman damai.

    Short Talk

  2. January 13, 2009 7:58 pm

    Tetap sayangkn Rita Rudaini dan Aidil Zafuan!!! Semoga Berbahagia..

  3. NIA ATIKAH permalink
    August 11, 2009 11:10 am

    SEMOGA KAK RITA BERBAHAGIA,BLEH JD KAK ANGKAT SAYA X??

  4. saffira deroja permalink
    December 31, 2009 2:02 pm

    Kitaa sama2 mendoakan semoga kalian berdua akan bahagia dan kekal ke anak cucu..tidak ada manusia yang boleh lari dari kesilapan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: