Skip to content

Dah bernikah rupanya

December 17, 2008

rita-aidilAKU terkedu apabila membelek Utusan Malaysia pagi tadi mengenai pengakuan bapa pemain bola sepak kebangsaan,  Aidil Zafuan Abdul Radzak  bahawa anaknya itu sudah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini. Dalam pada sibuk dengan bola kerana mewakili Negeri Sembilan dalam Liga Super dan bermain bersama skuad kebangsaan, nampaknya sempat lagi mamat ni melangsungkan perkahwinannya di Thailand… lebih mengejutkan, dah 10 bulan mereka berkahwin.

Pemain bola sepak berkahwin dengan artis?… tu perkara biasalah… sebelum ni pun Subadron Aziz berkahwin dengan Salwa Abdul Rahman; Azman Adnan dengan Haleeda dan kemudian berkahwin pula dengan as Feminin… David Beckham pun kahwin artis jugak apa…

Perbezaan usia?… Pun tak menjadi hal… setakat beza 11 tahun tu apa ada hal… Wook Kundur di Terengganu yang berusia 106 tahun pun boleh berkahwin dengan lelaki yang 69 tahun lebih muda darinya…

Prestasi Aidil Zafuan terjejas?… tak lah… selama ni aku tengok dia main termasuk Piala Suzuki pun maintain je… bagi aku dia adalah antara pemain yang paling bersungguh-sungguh mempertahankan kubu Malaysia… kalah hari tu sebab apa yek?? Hmm… salah strategi kot…

Tahniah lah kepada pasangan ini dan semoga berbahagia… cumanya… kenapa kahwin kat Thailand??

5 Comments leave one →
  1. December 17, 2008 4:50 pm

    ha..dh bule bergosip ko ni..aku baru nk masukkn entry yg same tp xjd..sbb takut kang aku pn jadi cm ko gak..muahahahaa

  2. December 17, 2008 6:59 pm

    lepas nie ko ganti zuber jeling-jeling la… dah layak jadi repoter hiburan nie… satu lagi ko terkedu sebab bh kena scoop ke… ahaks…

  3. mywanfai permalink*
    December 17, 2008 7:27 pm

    manlukeman – gosip mende… dah keluar paper pun

    tukang canang – harap2 utusan kb tak scoop bh kat sini… hehe

  4. December 17, 2008 9:41 pm

    cuternyer zafuan!! jatuh cinta jap..
    haha..tapi dh jd hak milik org daa….

  5. mywanfai permalink*
    December 17, 2008 10:42 pm

    HanaKimi – kembar dia kan ada lagi… Zaquan Adha masih belum berpunya… muka pun lebih kurang je…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: