Skip to content

Uncle Seekers, tolong siasat rumahku…

December 16, 2008
Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Sengaja entry ini tidak aku masukkan lebih awal… sengaja aku biarkan entry ini aku masukkan sebaik tiba di Kota Bharu selepas 16 hari bercuti di kampung halaman… kerana kisah yang ingin aku paparkan ini dikatakan terjadi beberapa minggu lalu di rumah keluarga aku di Selayang  Baru yang sudah didiami sejak 24 tahun lalu… kisah ini diceritakan oleh salah seorang adik aku yang mendakwa melalui pengalaman misteri pada suatu pagi yang dingin… hmmm… pagi?

Ceritanya begini, kira-kira jam 9 pagi pada satu hari beberapa minggu yang lalu, adik aku yang aku panggil Ji’ah mendakwa melihat kelibat kembarnya, Tiqa menaiki tangga untuk menuju ke arah biliknya… Ji’ah pula rasa tak sedap hati kerana selalunya Tiqa pasti akan menegurnya setiap kali menaiki tangga kerana bilik Ji’ah terletak betul2 di tepi tangga di tingkat atas rumah… dan apa yang menghairankan, Ji’ah mendakwa melihat Tiqa berambut panjang mengurai melebihi paras bahu… sedangkan Tiqa berambut pendek…

Hanya beberapa saat sebelum munculnya kelibat itu, Tiqa baru saja turun ke bawah untuk menggosok baju… Ji’ah mendakwa  `Tiqa’ yang dilihatnya menaiki tangga mempunyai susuk tubuh yang sama seperti Tiqa yang sebenar… malah baju dan seluar yang dipakainya pun serupa… cuma berambut panjang….

Melihatkan kejadian itu dan panggilannya juga tidak disahut oleh `Tiqa’… Ji’ah pun segera turun ke bawah… dia berubah menjadi pucat apabila melihat Tiqa sebenarnya sedang menggosok baju di bawah… berkali-kali dia tanya pada Tiqa sama ada Tiqa ada naik ke atas… tapi Tiqa menjawab dia tak naik pun selepas turun…

Selepas Ji’ah menceritakan mengenai kejadian itu… Tiqa kemudian cuba buat-buat cool dan menyifatkan mungkin itu hanya khayalan Ji’ah yang mungkin masih mamai sebab baru bangun tidur… Tapi Ji’ah menafikan sekeras-kerasnya dan mendakwa dia memang melihat `Tiqa’ berambut panjang naik ke atas tanpa menoleh ke arahnya walaupun beberapa kali namanya dipanggil…

Ketika kejadian, hanya Tiqa dan Ji’ah berada di rumah… Entahlah… aku pun tak berani nak kata apa-apa… Sepanjang tinggal di rumah itu, tak pernah pulak aku mengalami sebarang kejadian misteri mahu pun ternampak kelibat entiti yang tak ingin dilihat walaupun selalu juga balik ke rumah sekitar jam 3 atau 4 pagi… Berikutan kejadian itu seperti diceritakan adik, aku pun jadi cuak jugak… minggu lepas dua tiga kali jugak aku balik lewat malam sebab pergi jumpa member-member lama, terkumat-kamit jugaklah mulut aku membaca ayat kursi masa buka pintu pagar… bukan apa, mana lah tau kan… Uncle Seekers, tolong siasat rumahku…

Untuk mendapatkan cerita yang lebih jelas, lihat blog ini – http://sangbayupermatanusantara.blogspot.com

One Comment leave one →
  1. December 17, 2008 11:32 am

    bagi aku je yg halau..meh bwk aku g rmh ko tuh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: