Skip to content

Ohhh… Kuala Lumpur sudah jauh meninggalkan aku

December 15, 2008
Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Sudah tiga tahun aku jadi perantau di tempat orang, rupa-rupanya dah banyak perkara berlaku di KL yang aku dah ketinggalan… ibu kota yang pernah jadi tempat bermain dengan seribu kenangan dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, kini aku rasakan begitu asing… dari bangunan baru hinggalah jalan bersimpang-siur yang sering-kali membuatkan aku terpinga-pinga… Ohhh… Kuala Lumpur sudah jauh meninggalkan aku.

Sepanjang pulang bercuti selama dua minggu, aku juga dapati kampung halaman tercinta – Selayang Baru juga sudah banyak berubah… kawan-kawan dah ramai yang takde sama ada bekerja di luar macam aku, berpindah, lost contact dan tak ketinggalan meninggalkan Selayang kerana ikut bini tinggal di rumah mentua… Kalau dulu, bila lepak penuh satu meja panjang di Restoran Al-Bidayah di Bandar Baru Selayang (BBS)… tapi sekarang tidak lagi… hanya Farisya a.k.a Botak jadi peneman setia dan melalui Botak lah aku dapat tahu perkembangan kawan-kawan.

Kalau dulu bila pergi pasar malam sama ada di depan Balai Polis, pasar malam Selayang Indah serta pasar malam BBS mesti terserempak dengan kawan-kawan sekolah atau sekampung… sekarang tidak lagi… kalau dulu lepak kedai mamak atau restoran BBS Junction Burger pasti terjumpa kawan-kawan… itu pun tidak berlaku lagi sekarang… yang ada cuma muka-muka yang aku tak kenal… terasa zaman semakin berubah, tempat lepak aku dan kawan-kawan nampaknya sudah diambil alih anak-anak muda yang dulunya mungkin masih bersekolah…

Tapi aku bersyukur kerana dapat menghabiskan masa bersama ibu bapa, adik-beradik serta anak buah sepanjang pulang bercuti selepas sekian lama tidak berjumpa… Sesekali balik ke Selayang menyingkap banyak kenangan… di bumi inilah tempat aku membesar, mendapat ilmu dan mengenali dunia… biarpun ada segelintir manusia yang kononnya tinggal di perumahan elit di luar sana menganggap Selayang pekan koboi, tempat pendatang haram, penduduknya muka pasar borong, dan pelbagai tohmahan serta hinaan… biarlah… aku cintakan tanah ini… biar ke hujung dunia aku merantau… Selayang tetap di hati…

3 Comments leave one →
  1. December 16, 2008 2:23 pm

    mintak pindah lak blk KL la ko nih..

  2. December 16, 2008 3:37 pm

    gi la balik kl…. ko duduk la kl nanti kena tanah runtuh… muahahaha

  3. December 18, 2008 7:46 pm

    haha…pekan koboi…Selayang Ku Sayang….Di Mana Bumi Ku Pijak..Di Situ Langit Ku Junjung… Lawati page ini untuk mengerti kenapa tanah tumpah darah ku itu begitu aku chenntaaa…

    http://sangbayupermatanusantara.blogspot.com/2008/06/leraian-rantaian-sebuah-pengertian.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: