Skip to content

Kemelesetan ekonomi: artis popular pun tak mampu bayar cukai jalan

December 12, 2008
Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Nampaknya kesan kegawatan ekonomi bukan saja membelenggu pasaran saham dan syarikat besar walaupun mungkin ianya tak seteruk 1997, malah golongan artis juga tidak terkecuali menerima tempiasnya. Seorang artis popular yang lahir dari program realiti TV hebat yang dulunya beroleh pendapatan bulanan mencecah puluhan ribu ringgit, kini tak mampu nak membayar cukai jalan kereta sport miliknya yang sudah beberapa bulan tersadai.

Beberapa hari lalu, artis lelaki ini menghubungi rakannya iaitu kawan baik aku untuk meminta RM500 bagi menjelaskan bayaran cukai jalan keretanya. Member aku ni pun terkejut besarlah, yea la tak pernah-pernah call sejak dah glamer ni, tiba-tiba pulak call bertanya khabar… memang member aku ni ada pinjam RM500 dari artis ni empat tahun dulu, masa tu dia memang masyuk… ketika itu pendapatannya cecah berpuluh ribu RM, jadi apa ada hal setakat bagi pinjam RM500… enjoy sehari pun masa tu cecah ribu-ribu….

Tapi, itu hak dia lah nak tuntut balik duit tu sebab dah memang duit dia… Lagipun hutang wajib dibayar… cuma apa yang buat aku terkejut, macam mana artis yang boleh dikatakan mempunyai nama besar dah tak mampu nak bayar cukai jalan… dengar cerita dah berbulan-bulan kereta sport tu tersadai je kat rumah… nak pergi mana-mana pun terpaksa pinjam kereta family. Aku terfikir, adakah kerana kemelesetan ekonomi? atau album tak laku? atau dah tak dapat offer buat show lagi?

Eh, macam mana aku boleh buat cerita gosip artis pulak ni…. macam Zubir wartawan hiburan Berita Harian la pulak… teropong….

4 Comments leave one →
  1. Zackk permalink
    December 13, 2008 11:41 am

    Sapa dia artis tu aaa….tak kan tu pun ko nak scoop..

  2. Awang Adek permalink
    December 15, 2008 12:21 pm

    Kok ye pun kalu tak boleh bayar cukai jalan naik beskal je la…jangan dok menyusahkan kerajaan.

  3. December 15, 2008 1:07 pm

    penulis resah dh pandai gosip pulak..

  4. mywanfai permalink*
    December 15, 2008 11:08 pm

    Zackk – scoop cerita macam ni apa la sangat
    Awang Adek – ko buat dulu….
    Manlukeman – aku baru nak belajar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: