Skip to content

Tak berapa nak stim

December 9, 2008
Restoran Nasi Vanggey Ipoh

Restoran Nasi Vanggey Ipoh

Sudah banyak cerita yang aku dengar dan baca mengenai keenakan Nasi Vanggey atau juga dikenali dengan panggilan `Nasi Ganja’  di Restoran Nasi Vanggey Ipoh. Sabtu lalu, aku berkesempatan ke Ipoh untuk menghadiri kenduri kahwin member masa sama-sama belajar di UiTM, Farid @ Otai Beron di Simpang Pulai, maka selepas itu aku pun mengambil kesempatan untuk merasai sendiri nasi vanggey…

Sebelum ni, aku lebih terpengaruh dengan nasi kandar di Penang. Bagi aku, nasi kandar Misai di Chow Rasta memang paling kaw yang pernah aku makan… sampai hari ni pun masih teringat-ingat keenakan nasi kandar dengan kuah campur yang  dibubuh oleh mamak misai tebal seperti sarjan misai (nama nasi kandar tu diberikan sempena misai mamak tu yang tebal). Jadi, aku cuba mencari-cari kalau-kalau ada nasi kandar lain yang boleh beat nasi kandar misai.

Tapi, selepas mencuba nasi Vanggey, aku rasa tak lah seperti yang digembar-gemburkan. Rasanya boleh tahan sedap lah jugak… kuah pekat tapi aku masih rasa ada sesuatu yang kureng lah…  mungkin cita rasa kita berbeza… bagi orang lain mungkin Nasi Vanggey ni the best nasi kandar…. tapi bagi aku tak cukup stim lah… Namun, ia sama sekali tidak akan melemahkan semangat aku untuk terus mencari dan mencari mana-mana nasi kandar yang boleh beat nasi kandar misai…

7 Comments leave one →
  1. December 9, 2008 8:30 pm

    nak stim, tambah bahan la..ade bran ???

  2. December 10, 2008 1:20 pm

    gambo cun.. heheh
    tima kaseh dtg kenduri lop.

  3. mywanfai permalink*
    December 10, 2008 6:29 pm

    manlukeman – buat apa nak tambah bahan kalau dah nama pun nasi marijuana

    farafiza – hehe… jangan marah… gambar cantik… terima kasih yea…

  4. January 26, 2010 11:41 pm

    Oho..bro dah silap tempat makan ni. Ni Vanggey cawangan je, so, cook dia adalah org lain, dan cooking utensils dia pun adalah berbeza..

    yang meng ganja tu adalah yang dekat jalan Yong Kalsom. Maybe kawan bro bawak tempat yang ala-ala selesa tu kut.

    serius, rasa wonggey ni dgn wonggey HQ amatlah berlainan…

  5. mywanfai permalink*
    January 27, 2010 12:04 am

    ye ke?… kalau macam tu kena try kat jalan Yong Kalsom la pulak kalau ada kesempatan… thanks supanoob!

  6. January 28, 2010 9:01 am

    Lagi satu kalau nak stim, barangkali boleh lah di kategorikan sebagai nasi Syabu, iaiatu di belakang masjid negeri, (Rahmat Nasi Lunch & Takeway- ala2 takeway kat Cardiff)

    Tapi mamak tu pelik sikit, dia buka dalam jam 12.30 tgh, dan tutup pukul 2.00ptg, so better hurry. Signature cooking dia adalah dekat ayam goreng dua jenis dia, serta kambing kari tu. Dia tutp cepat sebab semua barang makan akan habis sebelum jam 2.00.

    Makan situ style penjara US, kena q dulu.

    Saya rasa dia boleh bertahan pun sebab signature cooking tu, dan kedai tu dah ada selama 4 generasi dah (anak dia classmate saya)

  7. August 9, 2012 12:33 pm

    bro, nasi Vanggey yang lu pergi tu bukan la nasi ganja yang sebenar. ini adalah edisi ciplak dan telah dimodenkan. nasi ganja yang ori terletak di Jalan Yang Kalsom Ipoh, di sebuah restoran Cina. dia tak tulis pun nasi Vanggey, tapi bila masuk jer dia akan cakap Vanggey!Vanggey!Vanggey..customer beratur sampai ke jalan tunggu turn. nanti sampai Ipoh cuba cari kedai ni(dekat Balai Polis) dan rasailah sama ada lu stim ataupun tidak….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: