Skip to content

Akhirnya bergelar Datuk

December 7, 2008

mainpixShah Rukh Khan akhirnya menerima anugerah Datuk semalam selepas isu penganugerahan itu pernah mencetus kontroversi sebelum ini. Tahniah lah yea… dalam sidang media selepas menerima anugerah itu, Shah Rukh Khan berjanji  akan datang semula ke Melaka pada Ogos atau September tahun depan untuk reckee lokasi penggambaran filem terbarunya, Happy New Year arahan Karan Johar yang juga pengacara rancangan Coffee With Karan.

Nampaknya, memang menjadilah strategi kerajaan Melaka untuk memperkenalkan Melaka ke pelusok dunia melalui super star Bollywood… Kerajaan Melaka juga setuju untuk menghantar pasukan ke Mumbai untuk meninjau kemudahan studio tertutup milik Shah Rukh Khan untuk membolehkan projek serupa dibuat di Melaka. Nampaknya tak sia-sia Shah Rukh Khan diberi anugerah Datuk. Cuma aku harap ia akan menjadi kenyataan… Apa pun tahniah Datuk Shah Rukh Khan… yang nyata, Datuk yang anda terima bukanlah Datuk beli…

4 Comments leave one →
  1. December 9, 2008 8:02 am

    menda apa yg resah wahai Penulis Resah…

  2. mywanfai permalink*
    December 9, 2008 10:41 am

    macam a samad said cakap – menulis itu resah yang indah, duka yg bahagia

  3. ismaNEVES permalink
    December 9, 2008 6:45 pm

    kita nak pertikaikan darjah yang diberikah itu siapalah kita…tetapi diharapkan artis tempatan yg lain tidak terlepas pandang sbg contoh fauziah nawi dan khalid salleh…wahai org yang berpengaruh tlg rekomen dua org artis ni untuk dikurniakan pingat

  4. mywanfai permalink*
    December 10, 2008 6:31 pm

    aku rasa Rajinikant pun kena dapat Datuk jugak sebab menunjukkan lakonan mantap dalam filem Sivaji The Boss

Leave a reply to manlukeman Cancel reply