Skip to content

Nyanyian dari penjara…

December 2, 2008

MUNGKIN korang dah pernah atau selalu dengar lagu yang dikatakan berhantu dan dikatakan dinyanyikan seorang banduan akhir bernama Hazwan sebelum dia menjalani hukuman gantung. Wallahualam… pelbagai versi asal usul penyanyi dan pencipta lagu ni kecoh semalaya, sampaikan Saleem pun menyanyikan lagu ni balik dalam album terbarunya yang bertajuk Trilogik Cinta.

Mengikut cerita yang aku baca dalam internet dan laman blog,  lagu ini dinyanyikan banduan berkenaan yang cuma seminggu lagi nak kahwin dengan wanita pilihannya terpaksa akur terhadap kehendak wanita itu untuk memutuskan hubungan dan kembali kepada teman lelaki sebelumnya.

Atas pemikiran pendek, lelaki tersebut bertindak menamatkan riwayat kedua-dua wanita dan kekasih lama teman wanitanya. Lelaki tersebut yang kononnya bernama Hazwan kemudian menyerah diri dan memohon hukuman gantung dijatuhkan ke atasnya. Sebagai permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman, dia kononnya memohon kepada warder penjara untuk memanggil kawan-kawannya dan merakamkan nyanyian tulus dari hatinya.

Wallahualam…. susah aku nak percaya sebab kalau nak diikutkan tak logik warder penjara suka-suka je bagi kebenaran kat banduan akhir untuk merakamkan lagu siap ajak kawan-kawan datang penjara lagi… tak tahulah kalau mamat tu kamcing giler dengan Ketua Pengarah Penjara Malaysia atau Pengarah Penjara tempat dia ditahan. Lagipun, aku tak pernah pulak baca dalam surat khabar kes ni… kalau betul mesti reporter dah cover bicara kat mahkamah.

Bagi aku, lagu ni memang boleh tahan jugak la sedap tapi takde la aku rasa sampai berhantu atau berpuaka seperti yang digembar-gemburkan… daripada lagu Permintaan Terakhir – Nyanyian Dari Penjara ni, aku rasa sedap lagi lagu Di Penjara Janji nyanyian Awie… entahlah… kat atas aku upload dua version lagu tu, satu dinyanyikan `Hazwan’ dan satu lagi nyanyian Saleem.

4 Comments leave one →
  1. December 4, 2008 2:59 pm

    minat jugak ko ye lagu nih..sampai jd entry..muahahaha

  2. December 7, 2008 1:49 am

    Salam perjuangan,

    Pls check out datukshaifulkamal’s comment on “Kenapa Tidak Memilih SETIAKAWAN?” at Pemuda IKS blog. We need your profesional point of view.

    “Memperkasa Generasi Baru”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

  3. December 7, 2008 1:52 am

    Salam perjuangan,

    Pemuda IKS dah dengar cerita ini sekian lama. Tak pasti akan kebenaran di sebalik kisah tragedik ini. Dimaklumkan, hero cerita ini dari SMKA Baling. Bila tanya rakan yang pernah bersekolah di sana, beliau menafikannya. Mungkin sememangnya dusta ataupun mereka menyembunyikan sesuatu untuk menjaga aib pihak tertentu.

    Pls check out datukshaifulkamal’s comment on “Kenapa Tidak Memilih SETIAKAWAN?” at Pemuda IKS blog. We need your profesional point of view.

    “Memperkasa Generasi Baru”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

  4. mywanfai permalink*
    December 7, 2008 1:32 pm

    manlukeman – aku x minat pun lagu ni, cuma mencari kebenaran

    Pemuda IKS – terima kasih kerana masuk ke blog ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: