Skip to content

Aku tak berani…

November 28, 2008
Siap ada astro tu

Siap ada astro tu

ADAKAH anda berani? Tak perlu bayar cukai tanah… tak perlu sistem perparitan yang sistematik… lebih penting lagi, tak perlu bersusah-payah mengalihkan perabot dan peralatan apabila tiba setiap kali musim banjir kerana rumah anda tidak akan tenggelam biarkan paras sungai meningkat melebihi 10 meter dari paras biasa. Persoalannya, beranikah anda tinggal di rumah rakit.

Bagi 20 penghuni rumah rakit yang masih tinggal di Sungai Kelantan di Kota Bharu, banjir besar bukanlah ancaman kerana rumah mereka sentiasa terapung dan tidak pernah berganjak dari tapak asalnya walaupun arus sungai mengalir sederas-derasnya. Cuma, apa yang dibimbangkan kalau ada kayu balak yang hanyut merempuh rumah mereka. Harus diingat, Sungai Kelantan ada buaya…. seorang penghuninya pernah diserang buaya ketika mandi di belakang rumahnya tahun lalu, mujur dia dapat melepaskan diri.

Lihat sajalah gambar di atas, rumah rakit di sepanjang Sungai Kelantan yang diduduki sejak lebih 20 tahun lalu nampak masih kukuh. Kelihatan cantik bila dihias dengan pasu bunga, siap ada Astro lagi… kalau rasa-rasa tak tertahan lagi nak buang air tapi jamban sedang digunakan, nah pergi saja ke pintu belakang rumah dan lepaskanlah… senang kan?

Aku pernah sekali masuk ke dalam rumah rakit ni… rasa lain macam jugaklah sebab rumah tu terasa bergoyang-goyang. Hmmm…. hati-hati bila buka pintu belakang sebab sungainya dalam, itu belum tiba musim banjir lagi tu. Aku tak dapat bayangkan macam mana lah aku dapat tidur dengan nyenyak setiap malam dalam keadaan macam tu.

Rumah rakit diapungkan di permukaan air menerusi tong dan buluh yang diletakkan di bawah rumah, penduduknya kata, ia kena ditukar sekali dalam beberapa tahun dan perlu dipastikan berada dalam keadaan tip top menjelang musim banjir. Rumah juga diikat pada batang pokok yang besar… ikatan kena kuat sebab kalau terlepas, silap-silap bangun pagi rumah dah ada kat tengah Laut China Selatan bersempadan dengan Vietnam.

Moralnya di sini, tak kiralah kita tinggal di mana, asalkan ada tempat untuk berlindung pun dah cukup baik. Aku respect la pada penghuni rumah rakit ni, ternyata mereka termasuk dalam golongan yang berani. Tapi, aku rasa lebih baik aku tinggal di daratan… bukan apa, aku tak pandai berenang.

2 Comments leave one →
  1. November 29, 2008 11:52 am

    aku suka duduk di sini senang nak melepas hehehe

  2. November 29, 2008 6:17 pm

    aku takut hanyut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: