Skip to content

Misteri brader gempal dalam bas mini wilayah

November 25, 2008
kubur1

AKU nak berkongsi satu pengalaman yang boleh dikatakan agak misteri juga yang berlaku lebih kurang 11 tahun yang lalu iaitu pada 1997 ketika sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM, kisahnya terjadi ketika aku bersama kawan baik aku, Farisya a.k.a Botak menaiki bas mini nombor 10 dari plaza Kotaraya untuk balik ke Selayang Baru.

Masa zaman tu KLCC tak ada lagi, apa lagi shopping kompleks yang besar macam Mid Valley, Sunway Piramid atau Berjaya Mall, kiranya masa tu kalau pergi jalan2 ke Kotaraya lepas tu pusing2 Central Market tu kira gempak la.

Ceritanya begini, kami berdua menaiki bas mini kira-kira jam 11.30 malam untuk balik ke Selayang. Penumpang tak ramai masa tu, ye lah sebab dah lewat… perjalanan pun lancar sebab kereta dah tak banyak, jadi berdesuplah bas mini tu mencilok kiri kanan dengan selamba di laluannya termasuk Jalan Ipoh.

Kami duduk di bangku belakang sekali… di sebelah kami tu ada seorang brader ni, dari segi pakaian nampak macam baru balik kerja, orangnya agak rendah, bertubuh gempal dan botak tengah. Tetapi agak peramah brader ni dan dia memperkenalkan dirinya sebagai Abang Mie.

Katanya, dia bekerja di sebuah bank di KL dan sepanjang 10 minit pertama perbualan dengan kami, dia banyak menceritakan mengenai isu semasa termasuk bidang tugas yang dibuatnya di institusi kewangan tersebut.

Bagaimanapun, selepas itu, dia lebih banyak bertanya hal diri kami yang masa tu baru berusia 18 tahun, kira baru nak kenal dunia lah masa tu, awek pun belum ada lagi… mula2 dia tanya makanan kegemaran kami… so aku jawab nasi ayam, manakala botak pula suka makan ayam masak merah.

Kemudian dia bagitau kami – “Kalau suka makan nasi ayam, maknanya kau ni suatu hari nanti akan bekerja dalam bidang yang berurusan dengan orang ramai, dan kau pulak (Botak) akan kerja dengan syarikat antarabangsa.”

Kami berpandangan sesama sendiri…. betul ke brader ni… siap boleh tilik masa depan orang pulak! Lepas tu dia tanya lagi soalan… “Apa binatang kesukaan korang berdua ni?… aku jawab kambing sebab aku memang suka makan daging kambing… Botak pula jawab gajah, sebab apa aku pun tak tahu… mungkin Botak ni main bedal je jawab soalan brader tu.

“Haaa… sebab kau suka kambing dan kambing pulak kurus, aku rasa kau nanti lepas kahwin mesti badan naik… kau pulak (botak), sebab kau suka binatang yang besar, kau kahwin nanti badan maintain je… kalau tak percaya korang tengok la nanti, sebab selalunya ia akan jadi reverse dengan apa yang korang suka.”

“Korang lahir kat mana?…. tanya Abang Mie lagi… “Saya lahir di Kota Bharu, tapi saya bukan orang Kelantan sebab bapa saya tentera, membesar di KL,” jawab aku. “Saya lahir di Gunung Semanggol, Perak,” kata Botak pula.

Seterusnya Abang Mie berkata: “Kalau macam tu, aku rasa suatu hari nanti kau mesti akan duduk jugak dekat tempat lahir kau… Kau pulak (Botak) aku rasa akan beranak pinak kat KL je… lagipun Perak dengan KL tak jauh mana pun.”

Dia menyambung lagi perbualannya, “Aku tengok… antara korang berdua ni, kau akan kahwin dulu,” kata Abang Mie yang ditujukan kepada aku. “Haa… kau pulak (Botak) paling last sekali kahwin, sebab kau ni akan jadi playboy besar kat KL ni,” katanya membuatkan kami berdua ketawa kerana beranggapan brader gemuk ni buat lawak je.

Tak lama selepas itu, Abang Mie pun tekan loceng dekat badan bas mini tu sebab nak turun… aku pun tanya kat dia “Abang Mie rumah kat mana? dia pun menjawab “Kat hujung jalan tu ha…”. Kami pun hanya mengangguk-angguk sebelum dia pun turun dan hilang dari pandangan.

Selepas itu, secara spontan dan serentak, aku dan botak saling berpandangan… ish… kat depan tu mana ada rumah… hujung jalan tu kubur!

Esoknya aku dan Botak berjumpa lagi dan kami berbincang mengenai Abang Mie yang misteri itu. Botak cakap, takpelah kita tunggu apa akan jadi pada masa depan, sama ada kita boleh percaya cakap Abang Mie atau tidak.

Kini, selepas 11 tahun kejadian itu berlaku, nampaknya apa yang dikatakan Abang Mie menjadi kenyataan… aku sekarang bertugas di Kota Bharu, manakala Botak tetap di KL. Aku berkahwin pada 2006, manakala Botak pula menamatkan zaman bujangnya pada tahun lepas… dan yang paling aku terkilan sekali, macam abang Mie cakap, badan aku lepas kahwin naik mencanak-canak, tapi Botak maintain je sampai sekarang.

Persoalannya, siapa sebenarnya Abang Mie… brader gemuk pendek dan berkepala botak yang tinggal di rumah yang tak pernah wujud di kawasan perkuburan.

4 Comments leave one →
  1. November 25, 2008 9:50 pm

    memang best entry ko ni..memang bernas..lame gak ye ko pk…sah ko layak bergelar journalist..punyela nk cover sebab badan ko yg dh ‘berisi’ tu..muahahaha..

  2. mywanfai permalink*
    November 26, 2008 5:57 pm

    kat atas ni adalah kisah benar… harap maklum

  3. anakabah permalink
    December 2, 2008 4:37 pm

    best la citer lu..ada potensi tu mastika tgh cari org tu..tp apa2 hal aku setuju la dgn telahan abg mie mengenai benda tu..ala yg dia sebut pasal kambing tu hehehehehe

  4. August 4, 2014 10:33 am

    mmg misteri dan menilik masa depan yg menjadi kenyataan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: