Skip to content

Kura-kura dan anak kucing

November 20, 2008

dsc025001Aku nak berkongsi sedikit pengalaman yang aku alami ketika balik dari ofis tadi (19/11). Ceritanya begini, aku keluar dari ofis lebih kurang jam 8.30 malam… ketika tengah panaskan enjin kereta, tiba2 aku terdengar bunyi anak kucing kat bahagian enjin kereta Satria GTi aku… “Hmmm… pelik, mana datang suara anak kucing ni.” Tapi aku buat tak tau je… mungkin perasaan aku je kot.

Lepas enjin panas, aku pun gerak… lepas tu singgah sekejap kedai runcit depan kondo Jln Kuala Krai sebab nak beli sardin yang dipesan bini. Masa tu aku dengar lagi suara anak kucing tu… “sah… mesti ada anak kucing dah tersesat kat kereta aku ni.” Tapi memandangkan waktu tu hujan, jadi aku buat keputusan nak cari anak kucing tu bila sampai rumah. Lagipun rumah aku tak jauh mana pun dengan kedai runcit tu… ala jarak dari rumah aku ke ofis pun lebih kurang 800 meter je.

Bia sampai rumah, bini aku dah siap buka pagar… so terus je aku masukkan kereta dalam garaj. Tapi… masa nak tutup pagar rumah tu, terkejut besar aku bila nampak seekor kura-kura ada kat depan pagar rumah aku… “Aik… mana datang kura-kura ni? Untuk makluman, rumah aku ni terletak kat pinggir bandar… kalau jalan kaki 10 minit dah boleh sampai KB Mall. Sebelum ni kambing, ayam, cicak, lipas dan ulat gonggok masuk kawasan rumah aku tu biasa la, tapi mana datang pulak kura-kura ni… besar pulak tu. Aku ingat mau umur dalam 50 tahun tu…

So… aku pun ambil kayu, tolak kura-kura yang dah sembunyikan kepala dia tu ke kawasan luar dari pagar rumah aku…. Berbalik kepada cerita anak kucing tadi, memang sah beliau menyorok kat celah enjin kereta aku, pandai pulak dia cari port yang tak panas… dipendekkan cerita, setengah jam jugak la baru dapat keluarkan anak kucing tu. Terima kasih kepada bini aku yang bertungkus lumus mengeluarkan anak kucing tu… maklumlah aku ni alahan sikit dengan kucing. ahhh…. macam2 benda la.

2 Comments leave one →
  1. November 20, 2008 12:04 pm

    jadi..moral of the story… ??? …

  2. mywanfai permalink*
    November 20, 2008 12:26 pm

    takde moral apa2… saje nak berkongsi pengalaman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: