Skip to content

Lawatan sambil belajar

November 12, 2008

shahrizat

Aku bukanlah jenis orang yang suka membicarakan soal politik, tapi aku rasa terpanggil untuk mengemukakan pendapat mengenai kemelut dalam Wanita Umno berhubung apa yang dinamakan `pelan peralihan kuasa’.
 
Tanyalah sesiapapun di seluruh pelusok tanah air dari Perlis sampai ke Sabah (kecuali ahli Exco Wanita Umno dan Rafidah sendiri), aku yakin semua tak bersetuju dengan `pelan peralihan kuasa’ pada Jun 2009 yang sebenarnya tak wujud dalam perlembagaan Umno.

Pelik… kenapalah Rafidah nak mengekalkan jawatan Ketua untuk tempoh hanya tiga bulan dan selepas tu nak bagi Shahrizat memangku jawatan itu sehingga 2012, itu pun kalau tak ada pilihan raya umum. Kalau ada pilihan raya umum, sudah tentu pemilihan akan datang ditangguhkan lagi seperti yang berlaku tahun ini.

Dua hari lepas, berita Edisi 7 membuat undian mengenai pelan peralihan kuasa dalam Wanita Umno, keputusannya 100 peratus memilih tidak bersetuju dengan pelan berkenaan dan ini jelas menunjukkan orang ramai sendiri tak faham kenapa perlu diadakan pada Jun… dalam tempoh tiga bulan, apa yang dapat Rafidah lakukan??

kamalia

Bagi aku, sepanjang berpuluh tahun Rafidah mengetuai Wanita Umno, aku tak nampak sesuatu yang signifikan dibuat Wanita Umno untuk mengukuhkan parti dan menarik sokongan wanita di luar sana menyertai Umno. Apa yang aku tau, Wanita Umno lebih banyak menganjurkan lawatan sambil belajar… kalau orang Kuala Lumpur, mungkin buat lawatan ke Kelantan. Wanita Kelantan pula melawat Putrajaya dan Wanita Negeri Sembilan mungkin pergi ke Langkawi.

Habis gempak pun, hantar ahli wanita di peringkat bahagian pergi kursus keusahawanan, itu pun tak ramai jugak yang jadi usahawan… pergi kursus setakat makan angin je.

Aku bukan cakap sekadar nak menghentam, empat tahun lepas aku pernah cover konvensyen Wanita Umno di PWTC. Hampir tiga jam berada dalam dewan mendengar saranan dan permintaan wanita, semuanya minta hak sama rata, malah ada yang menyalahkan lelaki sebab tak beri ruang pada Wanita dalam pelbagai bidang. Tak ada pun sebarang cadangan untuk mengukuhkan kedudukan parti atau menambah keahlian ahli wanita.

Selepas tiga tahun bertugas di Kelantan, aku tak nampak apa yang Wanita Umno Kelantan buat. Apa aktiviti Wanita Umno Kelantan?? Masa PRU lalu, tak nampak pun usaha kaum hawa berbaju putih berkain dan bertudung merah ni mendekati penduduk kampung untuk mendapatkan sokongan. Maka, mungkin sebab itulah wanita di Kelantan kuat menyokong Pas, lihat sajalah di Pasar Siti Khadijah.

Atas dasar itulah aku rasa sudah tiba masanya Rafidah berundur dan beri laluan kepada orang baru. Aku tabik Datuk Kamalia Ibrahim yang tetap dengan pendiriannya untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita walaupun mungkin terpaksa berdepan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Cuma Shahrizat yang nampaknya tersepit… nak lawan salah, tak lawan pun salah. Namun, Shahrizat tidak sepatutnya mensia-siakan kepercayaan akar umbi yang mahu beliau bertanding jawatan ketua Wanita. Akar umbi dapat menilai maksud tersurat dan tersirat yang berlaku di sebalik proses peralihan kuasa dalam pergerakan itu.

2 Comments leave one →
  1. November 13, 2008 12:32 pm

    aku xpenah amik tau psl Wanita ni..selain aku memang berkahwin dgn wanita..

  2. tukang canang permalink
    November 13, 2008 2:41 pm

    Rafidah sudah mabuk kuasa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: