Skip to content

Siapa Armand Maulana…

November 10, 2008

armand-maulanaARMAND Maulana atau nama sebenarnya Tubagus Armand Maulana dilahirkan pada 4 April 1971 di Bandung. Beliau adalah vokalis dari band terkenal Indonesia bernama GIGI.

Sejak kecil Armand sudah mencintai muzik. Armand yang tidak pernah mengikuti pendidikan vokal secara formal mahu pun informal mula dikenali sebagai finalis Cover Boy majalah Mode pada 1985, sewaktu masih bersekolah SMP 13 Bandung.

Armand memulakan karier profesionalnya sebagai seorang vokalis pada saat dia bergabung dengan Next Band pada tahun 1990, kemudian dia juga pernah bergabung dengan kelompok vokal yang cukup ternama, Trio Libels pada 1991.

Selain itu, Armand pernah menghasilkan album solonya pada 1992 – Kau Tetap Milikku – sebelum akhirnya bersama-sama dengan Aria Baron, Thomas Ramdhan, Ronald Fristianto dan Dewa Budjana pada tanggal 22 Mac 1994 untuk membentuk band dengan nama GIGI yang masih bertahan sampai saat ini.

Sebenarnya, bukan kisah Armand Maulana yang nak aku coretkan di sini, tetapi mengenai seorang lagi Armand iaitu Wan Faysal Arman.

Wan Faysal Arman atau lebih mesra dengan panggilan Arman dilahirkan pada 17 Mei 2008 di Kota Bharu, Kelantan. Mempunyai suara yang sangat nyaring apabila menangis. Beratnya kini mencecah 6.3 kilogram.

Arman bermaksud inspirasiku. Nama Arman diperoleh selepas bapanya mendapat inspirasi selepas menonton video nyanyian duet Armand Maulana dan Ahmad Dhani di YouTube. Dan dia adalah anak sulung penulis blog ini.

4 Comments leave one →
  1. November 10, 2008 2:57 pm

    rindu aku pada kecomelannya..

    bila ko nak balik kl? Aku nak jumpa arman..

  2. mywanfai permalink*
    November 11, 2008 12:51 am

    aku balik 1-16 disember… aku pun rindu giler kat hannnah n hazeqah serta keluarga dan sanak saudara

  3. November 11, 2008 11:57 am

    pjg lebar ko tulis psl anak ko..family ko xmarah ke..muahahahahaha

  4. mywanfai permalink*
    November 11, 2008 1:19 pm

    sesekali je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: