Skip to content

Bukan kerana harta…

November 8, 2008
Dr Rozmey bersama dua anaknya ketika majlis pertunangan dengan Effa

Dr Rozmey bersama dua anaknya ketika majlis pertunangan dengan Effa

Pelakon baru, Nurzuraifa Zulkifli, 19, yang dijanjikan kereta mewah bernilai RM1 juta sebagai hadiah perkahwinan, selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan Dr Che Rozmey Che Din, 40, di sini, petang semalam.

Pertunangan berlangsung tidak sampai seminggu selepas perkenalan Ahad lalu apabila Nurzuraifa dan keluarganya mengunjungi kediaman Dr Che Rozmey di Jitra, Kedah kerana ahli perniagaan itu mahu mencari calon isteri selepas kematian isterinya, September lalu.
 
Majlis pertunangan yang diadakan di rumah Nurzuraifa di Pengkalan Chepa, di sini, berlangsung sederhana tetapi meriah dengan kehadiran keluarga kedua-dua pihak termasuk dua dari tiga anak Dr Che Rozmey yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).

Norzuraifa atau lebih dikenali dengan panggilan Effa menerima lima dulang barang hantaran manakala pihak lelaki dibalas tiga dulang hantaran. Majlis perkahwinan mereka dijangka diadakan di Alor Star, 5 Disember depan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Dr Che Rozmey akan menghadiahkan kereta mewah Mercedes-Benz CLS 350 bernilai RM1 juta serta wang hantaran RM20,000 sebagai tanda perkahwinan yang akan diserahkan pada hari pernikahan mereka.

Dr Che Rozmey yang juga Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Jitra kehilangan isteri, Noor Halawiah Abdullah Shukri, 39, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kelab Golf Darulaman, 25 September lalu.

Ketika ditemui, Nurzuraifa berkata, beliau tidak menyangka perkenalan singkat dengan Dr Che Rozmey Ahad lalu terus menerbitkan perasaan cinta mendalam sehingga mengikat tali pertunangan.

Katanya, sikap tunangnya yang merendah diri dan tidak angkuh membuatkan beliau yakin ahli perniagaan itu mampu menjadi suami yang soleh dan membimbingnya kelak.

“Selepas kahwin, saya akan berhenti berlakon kerana ingin memberi sepenuh perhatian kepada keluarga termasuk tiga anak tirinya. Walaupun bakal bergelar isteri di usia muda, saya sudah bersedia ke arah itu dan akan memberi sepenuh kebahagian kepada keluarga,” katanya yang pernah membintangi beberapa drama termasuk Akademi Polis dan Seharum Kasturi.

Sementara itu, Dr Che Rozmey, berkata beliau tertarik memperisterikan Nurzuraifa selepas mendapati gadis itu menapati ciri-ciri wanita pilihannya iaitu lemah lembut, penyayang serta pandai mengambil hati ketiga-tiga anaknya.

“Walaupun perbezaan umur kami begitu ketara, saya yakin kami mampu mengecapi kebahagiaan sebagai suami isteri dan akan membimbingnya supaya menjadi isteri yang solehah dan mampu menjaga ketiga-tiga anak saya,” katanya.

7 Comments leave one →
  1. azran permalink
    November 8, 2008 8:22 pm

    rm1 juta bukan kerana harta…. aku percaya…

  2. mywanfai permalink*
    November 8, 2008 11:23 pm

    semoga berbahagia…

  3. November 9, 2008 2:21 pm

    cis..story ni ko scoop aku..

  4. November 21, 2008 12:17 pm

    mcm2 la….smoga hepi………….

  5. norah permalink
    May 26, 2010 4:53 pm

    setiap perempuan yang bergelar isteri mampu menjaga dan memelihara rumah tangga dng baik. tidak salah jika niat sesaorang jujur dan iklas. tuhan akan membantu, sentiasalah berfikiran positif.

  6. aku punye kesah permalink
    January 23, 2012 8:32 pm

    ahhah kete satu juta bukan kerana harta? puii pempuan mcm ni pndang harta je..da la menawarkan diri sendiri dtg ke rumah dr rozmey..terbaik la kaw

  7. nur irdhina 'adawiyyah bt. mazlan permalink
    January 31, 2013 3:24 pm

    macam x percaya aq… putera, hg mengaji mmg pandai, walaupun hg kehilangan ibu trsyg tp hg x pernah abaikan pelajaran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: