Skip to content

Aku mesti jogging…

November 6, 2008

500_1189535325_running

Aku tertarik membaca blog bekas reporter Utusan, Syahril A Kadir dengan entry bertajuk Isi Hati Seorang Lelaki Gemuk. Antara tulisannya yang menarik perhatian aku – Benci sebenarnya apabila gagal mengejar bola cantik hantaran rakan sepasukan ketika bermain futsal, sedangkan kita tahu suatu masa dahulu kita mampu menyempurnakan dan menterjemahkan hantaran itu menjadi jaringan yang menarik.

Serta beberapa para lagi di bawah tajuk itu antaranya – Benci sebenarnya melihat baju dan seluar lama-lama yang kini sekadar menjadi ‘khazanah muzium’, sambil berkira-kira bila ia akan berjaya dipakai semula.

Hahaha… kelakar… tapi bila direnungkan balik, rasa macam terkena batang hidung sendiri. Tapi, bukan masalah berat badan yang aku nak ceritakan di sini. Aku ada masalah berat badan?? Ohh tidak… aku masih maintain seperti dulu… kalau naik pun sikit je… itu pun kalau naik.

Ceritanya begini, petang semalam aku gi cucuk duit kat Maybank dekat dengan Pasar Siti Khadijah, dah petang jadi masa tu orang tak ramai. Masa sampai kat ATM machine tu, ada sorang awek tengah cucuk duit, so aku kena tunggu… tak lama lepas tu tibalah giliran aku.

Apabila selesai je mengeluarkan RM100, tiba2 aku terdengar jeritan TOLONG TOLONG PENCURI… rupanya beg tangan awek yang dalam lingkungan pertengahan 20-an itu  diragut. Aku pun apa lagi, dengan segera mengejar pencuri tu walaupun mamat tu dah lari agak jauh jugaklah.

Dipendekkan cerita, kejar punya kejar dengan sekuat hati… akhirnya aku berhenti betul2 di depan KFC (jalan apa ntah aku pun tak tahu). Aku tak berdaya lagi… baju kemeja yang aku pakai basah kuyup. Tolong, aku memerlukan oksigen… dada rasa macam nak pecah… itulah kali pertama aku berlari pecut sejak bertahun2 lamanya. Ada la dalam 10 minit aku tercegat kat situ. Nasib baik tak kena heart attact.

Bayang pencuri tak ke mana, awek tadi ntah ke mana… dengan perlahan aku berjalan menuju ke motor moskito yang aku paring tepi Maybank. Aku pun dengan selamba start enjin motor dan balik ke rumah dengan seribu pertanyaan, adakah pencuri tu lari laju sangat? Atau aku yang lembab? Atau aku memang dah tak larat sebab berat badan dah semakin meningkat??

Ahhh… mungkin sebab dah lama tak bersenam kot, takde kena mengena dengan berat badan… tapi dari peristiwa itu, aku menyimpan hasrat untuk merajin-rajinkan diri ke Taman Rekreasi Tengku Anis. AKU MESTI JOGGING!

4 Comments leave one →
  1. November 7, 2008 11:38 am

    hahahaha..sadis beb citer lu ni..ni lom sprint test aku lagi..tp aku ble consider lg..ko nk bape tiang di depan..aku ble bg..mauahahahaa

  2. mywanfai permalink*
    November 7, 2008 11:48 am

    gua takde hal… tapi tunggu gua jogging dulu arr..

  3. tukang canang permalink
    November 7, 2008 7:50 pm

    ishhh kesin kat minah tu… tu la perut besar sangat.. tapi aku rasa ko tak yah joging rugi lemak yg ko bela selama nie…

  4. mywanfai permalink*
    November 7, 2008 9:27 pm

    takpe… korang tunggu je la nanti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: