Skip to content

Kenyataan Zaid mengenai ketuanan Melayu 3 November 2008

November 3, 2008

Saya tidak terkejut dengan reaksi  pemimpin UMNO seperti Syed Hamid, Muhammad Taib dan Shahidan Kassim mengenai kenyataan saya bahawa model atau formula  berasaskan konsep ketuanan Melayu telah gagal menolong orang Melayu menuju kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang ekonomi ataupun pelajaran. Mereka hanya mahu saya minta maaf sambil menghina kewibawaan dan kesetiaan saya kepada bangsa Melayu.

Saya berpendapat bahawa konsep ketuanan Melayu itu  mempunyai unsur negatif dan bersifat perkauman. Ia mencerminkan orang Melayu ini hanya mahu menjadi “tuan”  tanpa  mahu  berusaha dan bertanggungjawab kepada diri sendiri. Seolah-olah orang Melayu ini mahu hak-hak tertentu serta penghormatan dan pengiktirafan tentang kebolehan mereka semata-mata kerana mereka  orang Melayu. Ini pada saya bukan gambaran yang sebenar. Imej ini melemahkan orang Melayu sendiri. Ramai orang Melayu  mahu penghormatan dan pengiktirafan  tentang kejayaan mereka  berasaskan kebolehan mereka. Orang Melayu mempunyai kebolehan luar biasa   dan tidak perlu untuk mengamalkan sikap “angkuh” kononnya mereka mempunyai hak yang lebih daripada kaum lain. Ini tidak bererti saya mempersoalkan “keistimewaan” orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Punca masalah ini ialah wira Melayu saperti Syed Hamid tidak tahu membezakan di antara “hak” dengan “ keistimewaan”. Mungkin juga kerana ini zaman pertandingan dalam UMNO maka ramai yang bertanding jawatan Naib Presiden mahu mencari sokongan dengan memberi tafsiran sendiri terhadap apa yang saya utarakan.

Saya anak Melayu kampung dari golongan miskin, bukan anak kumpulan aristokrat dan anak bangsawan. Saya ingin melihat anak bangsa Melayu maju dalam ekonomi dan pelajaran. Sebab itu saya mencadangkan model baru perlu diketengahkan, iaitu model yang berteraskan persaingan terbuka, yang juga dapat memberi ruang supaya anak-anak Melayu boleh rapat dan bekerjasama dengan bukan sahaja kaum lain tetapi juga orang-orang dari n egara luar. Resipi pembangunan ekonomi orang Melayu mesti lebih luas dari apa yang diketengahkan oleh  kumpulan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Saya tidak perlu meminta maaf kepada Syed Hamid dan kawan-kawannya. Kepada orang Melayu, saya harap anda dapat membezakan di antara pemimpin yang benar-benar memikirkan kepentingan anda daripada pemimpin yang hanya menggunakan nama Melayu untuk kepentingan politik mereka.

Zaid Ibrahim

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: