Skip to content

Selepas 7 tahun…

February 8, 2013

Hari ini boleh dianggap sebagai sejarah.. pertama, ini entry pertama Penulis Resah untuk tahun ni… kedua, hari ini buat kali pertama Penulis Resah pergi tengok wayang selepas kali terakhir tahun 2005.

Buat pertama kali juga Penulis Resah tengok wayang dengan bini… Last dulu tengok masa tengah bercinta… macam best gak aktiviti tengok way

Layan di GSC 1 Borneo

Layan di GSC 1 Borneo

ang ni.

Cuma yang tak best, filem Hantu Kak Limah 2 memang boring giler… bini Penulis Resah sampai 3 kali tertido dalam panggung..

Rasanya, takde apa2 kejutan atau kelainan berbanding Hantu Kak Limah sebelum ni.. kesimpulannya bosan...

Anak Kampung

August 5, 2012

“Menanti bermulanya perj…

August 5, 2012

“Menanti bermulanya perjalanan baru dalam hidup….”

100k

September 23, 2011

Beberapa hari lalu, blog Penulis Resah sudah pun mencecah lebih 100,000 pengunjung sejak ia dilancarkan hampir tiga tahun lalu.

Entry pertama blog Penulis Resah bertajuk ‘Beralih Arah’… iaitu entry pertama sejak beralih dari blogspot ke wordpress.

Beberapa bulan yang awal sejak blog ni dilancarkan, hampir tiap2 hari ada je benda yang aku update.. ada je benda yang nak dikongsi walaupun isi ceritanya tak best mana pun.

Antara entry yang mendapat hits tinggi dalam blog Penulis Resah ni ialah kemalangan ngeri di Gua Musang pada Januari 2009, kemalangan maut membabitkan seorang pelakon di Kota Bharu, gambar perkahwinan Roslin Hashim, mitos gadis cantik Pasir Mas dan entry masakan ikan kembung berlada.

Sejak 2010, blog ni dah jarang2 diupdate… antara lain disebabkan kesibukan kerja sejak berpindah dari Kota Bharu ke HQ… kerja ikut shif yang tak tentu masa… anak2 dah semakin besar… dan kemungkinan jugak rasanya takde apa yang menarik yang boleh dikongsi di sini.

Apa pun… aku tidak berhasrat menutup blog Penulis Resah… cuma sesekali bila ada masa dan ada sesuatu yang rasanya boleh dikongsi bersama, blog ni akan diupdate juga…

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak…

August 2, 2011

Maafkan ayah…

June 1, 2011

4 Mei 2011

“Arman… Tok Wan dah tak ada… Tok Wan dah meninggal…”

Hanya kata-kata itu mampu aku lafazkan pada Arman sebaik Arman masuk ke dalam kereta… Hari itu, aku lewat menjemput  Arman dari nursery… lebih kurang jam 8.30 malam baru aku jemput Arman dan Ashraf selepas selesai urusan pengebumian arwah Abah…

Arman hanya mengangguk-angguk bila aku katakan padanya yang arwah Abah sudah tiada… Mungkin pada usianya yang baru tiga tahun, Arman belum mengerti apa-apa… apa lagi Ashraf yang baru berusia setahun… 

Namun mungkin juga Arman faham bahawa dia takkan lagi dapat berjumpa satu-satunya datuk  yang dia dan Ashraf ada di dunia… kerana datuk sebelah mama, sudah lama meninggal dunia ketika mama masih di bangku sekolah lagi…

Apa yang membuatkan aku sangat-sangat terkilan apabila tak berkesempatan menjemput Arman dan Ashraf untuk sekurang-kurangnya mereka menatap wajah Tok Wan buat kali terakhir… kerana pada waktu itu aku terlalu sibuk menguruskan jenazah arwah Abah…

Arman… Ashraf… maafkan ayah kerana kamu berdua tak sempat menatap wajah Tok Wan buat kali terakhir…

Kau Pergi Jua…

May 20, 2011

Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah… hanya kalimah agung itu yang mampu aku lafazkan sebaik menerima panggilan telefon dari mak lebih kurang 12.15 tengah hari, 4 Mei 2011 – tarikh paling sedih dalam hidup yang tak mungkin akan mampu aku lupakan sampai bila-bila

“Anuar… cepat datang hospital… cepat Nuar… cepat…” sampai hari ini, hingga ke saat ini… suara sedih dan cemas mak masih kedengaran di telinga… kata-kata itu juga takkan mungkin aku lupakan selagi hayat ini masih ada

Saat itu… pertama kali dalam hidup rasa cemas amat sangat menguasai diri… ketika itu… aku mengerti bahawa abah sudah bersedia menemui Penciptanya…

Ya Allah… Ya Allah… Ya Allah… kalimah itu terus aku lafazkan hingga akhirnya aku menatap wajah abah lebih kurang jam 12.35 tengah hari di Hospital Selayang…

Abah terlalu lemah… wajah abah terlalu pucat… sambil menitis air mata, di telinga abah aku bacakan kalimah syahadah dan Lailahaillallah… mak pun begitu juga…

Hanya beberapa minit selepas itu… abah pergi jua… pergi untuk selama-lamanya… meninggalkan mak… aku… dan anak cucunya…

Hari itu… hari paling sedih… di katil 11, Wad 5D… abah menghembuskan nafasnya yang terakhir…

Suatu hari apabila tiba ketikanya… aku pasti menyusuli abah… menghapuskan kerinduan yang tiada terkira… cuma belum pasti katil nombor berapa… wad apa… atau entah di mana…

Ya Allah Ya Tuhanku… Cucurilah rahmat ke atas Allahyarham Haji Ismayatim bin Ismail (4/3/1947 – 4/5/2011)…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.