Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah… hanya kalimah agung itu yang mampu aku lafazkan sebaik menerima panggilan telefon dari mak lebih kurang 12.15 tengah hari, 4 Mei 2011 – tarikh paling sedih dalam hidup yang tak mungkin akan mampu aku lupakan sampai bila-bila
“Anuar… cepat datang hospital… cepat Nuar… cepat…” sampai hari ini, hingga ke saat ini… suara sedih dan cemas mak masih kedengaran di telinga… kata-kata itu juga takkan mungkin aku lupakan selagi hayat ini masih ada
Saat itu… pertama kali dalam hidup rasa cemas amat sangat menguasai diri… ketika itu… aku mengerti bahawa abah sudah bersedia menemui Penciptanya…
Ya Allah… Ya Allah… Ya Allah… kalimah itu terus aku lafazkan hingga akhirnya aku menatap wajah abah lebih kurang jam 12.35 tengah hari di Hospital Selayang…
Abah terlalu lemah… wajah abah terlalu pucat… sambil menitis air mata, di telinga abah aku bacakan kalimah syahadah dan Lailahaillallah… mak pun begitu juga…
Hanya beberapa minit selepas itu… abah pergi jua… pergi untuk selama-lamanya… meninggalkan mak… aku… dan anak cucunya…
Hari itu… hari paling sedih… di katil 11, Wad 5D… abah menghembuskan nafasnya yang terakhir…
Suatu hari apabila tiba ketikanya… aku pasti menyusuli abah… menghapuskan kerinduan yang tiada terkira… cuma belum pasti katil nombor berapa… wad apa… atau entah di mana…
Ya Allah Ya Tuhanku… Cucurilah rahmat ke atas Allahyarham Haji Ismayatim bin Ismail (4/3/1947 – 4/5/2011)…

Menitis air mata membaca post nie.. Al-Fatihah buat arwah Abah
AlFatihah buat arwah Abah.