Skip to content

Pelakon Dayana Kamal maut kemalangan dan kisah seekor kucing

October 19, 2009

Semalam (18/10) aku bersama bos dan dua rakan setugas ke majlis aidilfitri dan pelancaran sisipan Timur Berita Harian di Balai Berita Ajil, Kuala Berang yang mengambil masa 2 jam setengah perjalanan dari Kota Bharu.

Jadi, kami perlu bertolak awal nak mengelak terlewat sampai ke majlis… seawal jam 6 pagi aku dah terpacak kat depan ofis dan ketika tu lah aku menerima panggilan dari seorang rakan setugas yang memaklumkan ada kemalangan maut di Bunut Payung.

Maka, bergegaslah aku dan bos ke tempat kejadian… setibanya di sana, kami lihat kereta Proton Persona sudah hangus terbakar dan orang ramai memaklumkan kemalangan itu menyebabkan 3 penumpangnya rentung dan pemandunya pula selamat.

Proton Persona... hangus

Proton Persona... hangus

Kejadian dikatakan berlaku selepas pemandunya cuba mengelak seekor kucing yang melintas jalan menyebabkan kenderaannya terbabas sebelum terbalik dan merempuh penghadang jalan lalu terbakar.

Sebaik mendapatkan sedikit gambaran, kami bertolak ke Kuala Berang kerana perlu sampai on time disebabkan majlis akan bermula jam 9 pagi yang turut dihadiri bos-bos besar dari KL.

Berita mengenai kemalangan itu ditulis oleh rakan setugas lain yang tidak ke Kuala Berang… Sekadar maklumat sampingan, semalam saja 8 kematian dicatatkan di seluruh Kelantan akibat kemalangan jalan raya selain di Gua Musang, persimpangan KB Mall dan Pulau Kundur.

Nak dipendekkan cerita, hari ni tiga rakan setugas ke Pengkalan Chepa untuk menemu bual keluarga salah seorang mangsa yang rentung dalam kemalangan negeri di Bunut Payung iaitu Wan Noor Diana Mohd Kamarulzaman yang baru berusia 22 tahun.

Selepas tu, barulah kami tahu rupa-rupanya Wan Noor Diana atau lebih dikenali sebagai Dayana Kamal adalah pelakon yang pernah membintangi filem Black Maria serta beberapa drama bersiri lain.

Dayana Kamal

Dayana Kamal

Antara drama yang pernah dibintanginya termasuk Sumayyah, Selamat Tinggal Noni dan Rumah Itu Duniaku selain pernah menyertai pertandingan akhir Pencarian Gadis Metro anjuran Harian Metro pada 2004.

Ibu mangsa, Wan Nor Hayati dan cucunya, Amanda

Ibu mangsa, Wan Nor Hayati dan cucunya, Amanda

Arwah meninggalkan seorang cahayamata perempuan yang comel bernama Dayang Fatiha Amanda yang baru berusia 4 tahun hasil perkahwinan dengan bekas suaminya yang juga penyanyi kumpulan indie The Times, Nataza.

Dayang Fatiha Amanda masih tidak mengerti apa-apa

Dayang Fatiha Amanda masih tidak mengerti apa-apa

Kejadian ni bagi aku memang menyayat hati apa lagi bila terkenangkan nasib anak kecil yang masih tidak mengerti bahawa ibu yang disayanginya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Cuma kita sebagai manusia perlu redha dengan ketentuan-Nya.

Err… cuma yang menjadi persoalannya, kalau benar kemalangan tu disebabkan pemandunya mengelak seekor kucing, buat apa kucing tu melintas atas jalan jam 4.15 pagi??… pukul berapakah sebenarnya waktu tidur bagi seekor kucing??… ke manakah agaknya arah tuju kucing tu ketika dinihari?… atau benarkah yang melintas adalah seekor kucing??… Wallahualam…

3 Comments leave one →
  1. ahmad permalink
    April 8, 2012 11:02 pm

    Takut………

  2. April 9, 2012 8:57 am

    kucing mmg berjaga malam,siang dia tidur

  3. April 11, 2012 1:48 pm

    kucing kena ade time ke nk lintas..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: