Drama Nur Kasih TV3

2009 June 15
by mywanfai

Aku sebenarnya tak lah tau sangat hal berkaitan drama atau filem… tapi tau jugak lah sikit-sikit sebab aku ada degree dalam broadcasting, eceh…

Aku dulu pun pernah jadi pengarah telemovie 90 minit masa final projek masa final sem kat UiTM dulu… so bidang penyiaran bukanlah sesuatu yang asing walaupun ilmu yang dipelajari dulu dah ingat-ingat lupa je sekarang, maklumlah dah lama tinggal…

Kali ni aku nak tulis pasal drama Nur Kasih yang tengah main tiap-tiap Jumaat kat TV3 arahan Khabir Bhatia, pengarah filem Cinta dan Sepi yang main kat wayang dulu…

Aku tak nak ulas jalan cerita atau skrip drama ni, tapi aku memang salute lah kat mamat ni sebab drama ni aku tengok lain bebenor pergerakan kamera dan sinematografinya berbanding drama Melayu lain yang biasa aku tengok kat tv…

Lighting pun cun… setiap scene tu dihasilkan dengan sangat teliti sampai aku teruja nak tengok drama ni sampai habis… memang mengancam! Dulu aku respek gak kat Khabir ni masa dia buat filem Cinta, memang cun sinematografi filem tu.

Dalam drama Nur Kasih, semua shot yang digunakan memang kena dengan scene drama tu… shot sawah padi bergoyang ditiup angin, shot berlatar belakangkan bangunan lama, shot yang guna lighting samar-samar masa scene dalam masjid, shot burung terbang… memang sesuai dengan jalan ceritanya yang agak perlahan.

Paling aku suka, scene dalam bilik bila Nur Amina yang dilakonkan oleh pelakon baru, Tiz Zaqiah memeluk ibunya kerana sedih sebab terpaksa berkahwin dengan Adam (Remy Ishak) atas kehendak keluarga… masa scene ni boleh pulak kat luar tingkap tu hujan mencurah-curah… memang dramatik…

Tenaga produksi drama ni memang harus dipuji kerana penataan cahaya dan gerakan sinematografi jelas serasi bersama corak perjalanan cerita…

Memang patut pun lah member aku producer kat tv3 cakap filem Cinta dulu sebenarnya dah mengalahkan filem Indonesia dari segi hasil seninya…

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil (Fizz Fairuz) dan Adam yang mempunyai karakter sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur segala perintah ibu bapanya, penyabar dan amat menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita menjadi peguam syariah.

Adam pula hidup dalam suasana eksotik di Australia, bercita-cita membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam cukup berdikari dan tegas dalam setiap keputusan dibuat. Kedua-dua anak Ustaz Hassan dan Hajah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran, tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh orang tua mereka.

Selain tu, ada jugak konflik cinta tiga segi dalam drama yang mengetengahkan genre keagamaan ni… nak ulas panjang lagi aku pun tak tau sebab baru sekali je tengok drama ni…

Hmmm… teringat masa zaman belajar dulu lecturer aku cakap, pelajar broadcasting ni kena banyak tengok wayang… kena banyak tengok filem hindustan sebab katanya filem hindi ni colourful dan shot yang digunakan pun superb… hoho memang best ambik jurusan broadcasting nih…

32 Responses leave one →
  1. 2009 June 19

    Pasal sinematografinya ni memang menarik. Saya sendiri pun tertarik. Tapi teknik sinematografi ini bukanlah pertama. Kalau tak silap filem Syukur 21 telah pun menggunakan teknik sinematografi yang sama.

    • 2009 June 22

      syukur 21 mmg dah guna, tapi x sebanyak mcm dalam filem Cinta. lagipon skang ni membicarakan pasal drama melayu kat TV, bkn panggung. tgk saje la drama kat TV tempatan… suma buat nak taknak je. camerawork ala cincai. aku yg ilmu basic camera ni kadang2 rasa mcm bleh wat lagi baik. bkn membangga, tapi kritikan utk pengarah drama stereotaip kat malaysia.

      nice entry bro! kita mmg sekepala

      • 2009 June 24
        kamal permalink

        To kbir batia.weldone!sbb x trus mmbuatkn sya bnci ngn cta strotype mlyu.

        Bkn crita besa2,bnyk suprisenye..nur ske adam sbnrnye.kretif tol..kepup good work!tahniah.”x ske ngn dirctor yg bnme prof rzak, ysof hslm,rosym nor dll.x kretif,kamera kaku,idea lama.wt film pn tah gne kamera zman 80,90an,gmbar x cntek”:-(

  2. 2009 June 22
    mywanfai permalink

    mohdabdhalim,
    memang menarik bro

    kuat,
    tq bro

  3. 2009 June 24

    salam

    kepada sesiapa yang mencari lirik lagu nur kasih oleh yassin, ada disediakan di sini

    Lirik Nur Kasih

    terima kasih admin :)

  4. 2009 June 25

    pehal promote link kat sini? haih ni rase nk promosi gak nih.

    Youtube dan Download bagi yang terlepas, wakaka

  5. 2009 July 2

    kabir bhatia mang the best.
    kalu sesapa penah tengok slot Incredible Tales yg disiarkan di channel singapore, mang citer dia paling seram. I.T adalah koleksi citer2 seram.

    Pernah tengok telemovie drama-misteri Kabir -”Primadona”?
    sumpah best gila!
    drama tu hasil usahasama malaysia-singapore.

    Azean Irdawaty play her role as Primadona.

    sapa ada dram tu ekk?. ditanyangkan di channel singapore masa aku tingkatan 3.hehe(thn 2000)

  6. 2009 July 4

    saya suka dengan citer nur kasih sebab ia di lakonkan sangat besss…

  7. 2009 July 30

    lagu utk nur amina =) dengar2 kan ye.. klik kat my name pon boleh..

  8. 2009 August 5
    tey-ah permalink

    aku sebenarnya minat giler kat remy tu sbb die tu hensem sgt tp selekeh .aku benci giler kat syarifah sofea tu sbb die tu gedik ngn ske sgt pluk ngn remy tu…………

  9. 2009 August 5
    lina permalink

    aku benci giler ar kat syarifah sofea tu sbb die tu rmps adam dr nur dlm cerita tu……………..skit giler hati aku ble die tergedik-gedik dlm cerita tu……….

    • 2009 August 26

      itu hanya lakonan la………jgn ambik serius,sbb zaman skrang…lebih truk dari tu pun ader…..memang kita menyampah..tpi itu kan watak yg di beri..

  10. 2009 August 7
    mywanfai permalink

    nurul syakirah,
    saya pun suke jugak… heeeeee

    tey-ah & lina,
    sabar la yea, diorang tu cuma menghayati watak je… hehehe

  11. 2009 August 14
    raidzu permalink

    saye sgt suke dgn jln cite ni.tak sabar rasanye nak tunggu episod akhir…

  12. 2009 August 15

    asmeqkum…ai cme..aq nk ckp sal cite nur kasih 2..aq rse biar r aidil n aminah

  13. 2009 August 20
    alya permalink

    drama ni best gilerrrrr!!!!sy x pnah miss 1 epesod pn.nnt buat la season ke 2 plak

  14. 2009 September 14
    aleken permalink

    bes gla cite neh..
    aku asa cte ni mcm da dlm novel laa
    novel nur kasih ke?

    • 2009 October 9
      farra permalink

      mmg cite ni di adaptasi dari novel pon… novel lame…dat y crite die mleret2…tp bes… kan

  15. 2009 October 5
    aniez permalink

    kalo da novel takyah lah nonton.. hehehe

  16. 2009 October 5

    kalo da novel takyah lah nonton.. hehehetpi kalau iya ditayangkan pada siang hari lagi best tak yah lah kita nak tonton sambil ngantok

    • 2009 October 10

      ha’alah,lepak r bro…lu pk lu cowang j yg ngantuk,gua pun ngantuk gak

  17. 2009 October 10

    cer nie best gler.tpy yg aq bggnye ngan sarah….dah tau aidil nak kahwin,dia lak bnoh diri…nak mati sgt gie r…

  18. 2009 October 14
    Nor Suhaina Abu Hanipah permalink

    Memang best giler cite ni, suka la tengok aliah n aminah tu

  19. 2009 October 16

    mmg best la citer ni……………..

  20. 2009 October 17
    lieynna permalink

    bez gler cite ni….. masalah kami x pat tengok cite ni lam tv… terpaksa download… 2 pon download mntk tlong ngan geng llk… klu x x dpt lah tngok. em kmi owg sllu lmbt tengok….. mne x nye lmbt download kan… ssh lah kat cni….

  21. 2009 October 20
    dark_evil permalink

    BEST HAPER CRITA NI..HABISKAN MASA JA TENGOK

  22. 2009 October 26
    ARNIEY permalink

    drama ni mmg best giler… khabir pandai wat citer.. remy ngn fizz mmg gempak…….. bestlaaa tiz blakon…….. suke ngn watak ayu raudhah yg pki tudung tp x suke watak sara dlm citer ni….

  23. 2009 October 27

    Full episode drama nur kasih watch here watchnurkasih.blogspot

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS