Skip to content

Sungguhku tak mampu menahan rindu… ah ah…

April 28, 2009

Sepanjang 30 tahun usia aku ni, aku membesar dengan pelbagai genre muzik dan lagu, dari zaman rock, pop, lagu mendayu-dayu sampailah ke rentak rap, hip hop dan entah apa-apa lagi.

Masa sekolah rendah, aku memang terpengaruh dengan muzik rock… band yang aku minat tentunya Search, Wings, May, Black Rose, Lefthanded dan banyak lagi… habis lagu-lagu band ni aku hafal… malam minggu pulak mesti layan RTM tengok Konsert Bersama Kingsway.

Naik sekolah menengah pulak, naik pulak band yang bawak lagu-lagu pop macam Qiara, Spring, Ukays, Slam… so aku pun minat pulak lagu-lagu diorang nih… kadang-kadang tiap-tiap malam sanggup duduk tepi radio nak dengar rancangan Pilihan Bersama di saluran Radio Muzik.

Suatu ketika lepas tu, kalau tak silap lepas aku SPM sekitar 1997 muncul pulak lagu-lagu cintan mendayu-dayu… maka masa tu tiba-tiba muncul banyak kumpulan macam Sting, Scoin, Spin, Spoon, Arrow dan segala nama pelik-pelik Span, Spong, Score, Stoin entah apa-apa lah…

Aduh… letih aku dengar lagu-lagu genre macam ni… tak boleh blah langsung… memang lah aku ni pun tak kurang jiwang, tapi takde lah sampai nak dengar lagu-lagu macam tu… hancur anak bangsa… dah tu, video clip pulak mesti kat depan rumah usang.

Tahun 1996 lagi aku tak tahan… masa tu irama dangdut dah jadi macam fenomena… lepas je lagu Amelina Rindu ah ah dengan Asyik meletup, habis semua orang nak jadi penyanyi dangdut… Salwa Abdul Rahman dengan Leina Hangat pun tak pasal-pasal buat album dangdut.

Lagi kelakar final Muzik-Muzik kategori Irama Malaysia pun habis dikongker dengan lagu dangdut nih… aduh… dah tentu-tentu dangdut tu asalnya dari Indon, kenapa pulak boleh jadi Irama Malaysia…

Masa tu aku terlalu kecewa dengan dunia hiburan kat Malaysia ni… asal bukak radio je dangdut, pergi shoping kompleks pun dangdut, bukak tv dangdut… bikin penasaran lah gue masa tu! balik-balik Iwan, balik-balik Memori Pokok Pisang lah, Daun Pisang lah, Senggol Senggolan lah, Dag Dig Dug Dog lah…

Tapi nak buat macam mana, dah aku membesar dengan genre muzik macam tu…

About these ads
One Comment leave one →
  1. cik.ptd permalink
    April 29, 2009 9:00 am

    jadi apakah moral daripada entri penulis resah ini? huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: