Skip to content

BENDA apa paling penting dalam hidup korang??

April 19, 2009

Dalam banyak-banyak BENDA yang korang ada, agaknya BENDA apa yang paling penting sekali dalam hidup korang? Maknanya, tanpa BENDA ni hidup korang dalam sehari tu jadi tak tentu hala, tanpa BENDA ni mungkin korang rasa macam ada je yang tak kena.

Ada orang mungkin BENDA yang paling penting dalam hidup dia adalah handphone… kalau takde handphone memang huru-hara hidup dia satu hari… yea lah, handphone sekarang dah jadi alat perhubungan yang penting…

Kalau takde handphone atau handphone tertinggal kat rumah, macam mana nak contact awek, kemungkinan peluang bisnes juta-juta pun boleh hancus…

gambar hiasan

gambar hiasan

Ada orang mungkin kereta paling penting… ada orang mungkin PC atau laptop, mungkin orang lain pulak wallet… perempuan pulak mungkin handbag… tak mustahil ada orang tak boleh lekang dengan cap (topi) sebab kalau tak pakai cap, mungkin hancuslah imej tertentu yang diorang bawak.

Ada orang pulak mungkin huru-hara hidup dia dalam sehari kalau tak main PSP, PS2 atau X-Box… ada orang mungkin tak lengkap harinya tanpa surat khabar… ada orang kalau tak baca buku sehari, rasa macam ada je yang tak kena, ada orang pulak kalau tak pakai jam tangan tak sah…

Sesetengah orang mungkin tak keruan kalau tak berkepit dengan bantal busuk dalam sehari… mungkin ada orang yang mesti bawak i-pod ke mana-mana… kalau rempit pulak mesti tak boleh berenggang dengan motor…

Bagi aku, BENDA yang paling penting dalam hidup aku dah tentunya handphone… keje macam aku ni kalau takde handphone susah, yea lah zaman sekarang ni semua maklumat perlu disampaikan dengan cepat…

Selain tu, aku rasa satu lagi BENDA yang penting dalam hidup aku adalah Astro… duduk kat perantauan tanpa sedara mara dan sumber hiburan lain macam panggung wayang ni, apa aku nak buat kalau tak layan Astro kat rumah.

Bagi aku, sebenarnya Astro tu penting untuk aku tengok bola je… channel lain kalau takde pun takpe… Aku tak dapat bayangkan lah macam mana agaknya hidup aku kalau terpaksa melalui hari-hari tanpa EPL…

Laptop?? …. hmmm, kalau takde laptop takpe kot… takde lah hari-hari aku terpaksa perah otak sebab nak cari idea untuk update blog aku nih… huh… entry merapu ni pun aku tulis sebab tengah takde idea… ish… mungkin kah aku semakin hilang sentuhan??

About these ads
3 Comments leave one →
  1. akula permalink
    April 22, 2009 4:27 pm

    Benda paling penting dalam hidup aku skang ni ialah tido… sebab aku dah banyak hari tido lewat… hu hu

  2. mywanfai permalink*
    April 23, 2009 11:33 pm

    akula,
    tido tu dari dulu lagi benda penting aku tiap-tiap hari

  3. amiera permalink
    September 25, 2009 11:24 pm

    smart la fon 2…………………. btl klau x de fon mcm nk giler dah…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: