Skip to content

Keliwon… malam hantu berkeliaran…

March 14, 2009
Drama Keliwon TV3

Drama Keliwon TV3

Sekarang ni tiap-tiap hari Khamis malam Jumaat, bini aku dok layan drama seram Keliwon kat TV3 yang memaparkan kisah hantu berbeza bagi setiap episod.

Turut dipaparkan kisah ilmu hitam seperti saka dan santau yang sering dikaitkan dengan orang Melayu… hmmm… dari dulu lagi rupanya orang Melayu ni dah buat perangai dengki sesama Melayu!

Diarahkan oleh Rashid Sibir yang sebelum ni terkenal menghasilkan drama sedih, Keliwon diterbitkan sebanyak 13 episod dengan judul seperti Sungai Puaka, Darah Lantera, Saka Harimau, Saka Pulut Kuning, Santau, Pontianak, Hantu Kopek, Tiang Seri, Anak Belaan, Rasuk, Puaka Kain Kapan, Mak Andam Cantik dan Puja.

Antara pelakon yang membintangi Keliwon ialah Emelda Rosmila, Zed Zaidi, Zulhuzaimy, Elly Mazlein, Fezrul Khan, Mariani, Adet, Kefli, Maria Farida, Hamidah Wahab, Khatijah Tan, Norlia Ramli, Wan Maimunah, Rosnah Mat Aris, Norkhiriah, Safura, Fazura dan Azizan Nin.

Aku tak lah teruja nak tengok drama ni, lagi pun aku tak berapa gemar nak tengok cerita seram… aku lebih suka tengok cerita lawak sebab sekurang-kurangnya boleh lah release tension selepas seharian bekerja… tapi Raja Lawak aku tak tengok sebab bila tengok makin berserabut kepala otak aku… oops… bak kata Amir Raja Lawak…. i’m sorry…

Tapi tiap-tiap minggu bini aku beriya-riya nak tengok drama Keliwon ni… aku tak tahu lah kenapa… mungkin sebab dia excited sangat bila perkataan Keliwon tu digunakan sebagai tajuk drama ni… hmmm… entahlah… itu lah masalahnya kalau kuat sangat sentimen kenegerian ni.

Aku pun baru sekali je tengok drama ni dari mula sampai habis… masa episod 5 – Saka Harimau… boleh tahan lah… layan lah jugak… kira ok banyak lah berbanding filem Waris Jari Hantu yang juga berlatarkan kisah saka harimau…

Kelmarin aku sempat jugak tengok episod Tiang Seri… mula-mula tu layan jugak… tapi bila je aku dengar muzik latar yang guna soundtrack filem The Lord of The Ring, terus je potong mood aku… lepas tu, ada pulak muzik latar seram yang aku rasa dah beratus-ratus kali aku dengar bila tengok drama Melayu.

Tapi, setidak-tidaknya dengan adanya drama Keliwon ni, aku ada jugaklah aktiviti malam Jumaat…

Mengikut kepercayaan dalam kalender Jawa, keliwon adalah malam Jumaat ketiga setiap bulan yang disifatkan malam yang keras, kononnya pada malam itu makhluk halus atau hantu akan berkeliaran dan membuat kacau.

Menurut bini aku, keliwon tu sebenarnya dieja sebagai kliwon… won tu bunyinya macam won dalam bahasa inggeris yang bermaksud menang…

Mengikut kepercayaan Jawa dulu-dulu, malam Jumaat kliwon dikatakan malam keberkatan dan ketika inilah pengamal ilmu hitam akan melakukan pemujaan… maka banyaklah hantu yang berkeliaran… 

Ok lah aku nak layan CD Sivaji The Boss yang aku beli 2 bulan lepas tapi sampai sekarang tak tengok-tengok lagi!

16 Comments leave one →
  1. March 15, 2009 10:17 am

    ha..ko lak layan citer seram..guano gu..

  2. mywanfai permalink*
    March 15, 2009 10:21 am

    hehehe… dah takde cite lain yang best, gua pun layan je lah…

  3. meme permalink
    April 30, 2009 3:08 pm

    aku suka cerita mcm ni dpt oengajaran. lagipun aku suka cerita seram.

  4. ilan permalink
    June 4, 2009 3:20 pm

    citer keliwon seram giler!!!!!!!!!!!!!!!!!

  5. ilan permalink
    June 4, 2009 3:21 pm

    citer keliwon memang best!

  6. ilan permalink
    June 4, 2009 3:23 pm

    walaupu aku suka tengok citer keliwon tapi kadang2 aku tak brani tengok sebab ada pocong ,mayat bukak mata

  7. ilan permalink
    June 4, 2009 3:24 pm

    ada suatu episod tu aku tengok tengah hari bute ni ada pocong muncul

  8. ilan permalink
    June 4, 2009 3:27 pm

    masa aku tengok orang pompuan ni tengah masak tiba2 dia terhidu bau busuk. jadi dia keluar lah . tiba2 dia pandang blakang ade pocong muncul mintak kain kafan dia balik.pompuan tu ape lagi menjeritlah dia!rupanye pocong tu saka belaan arwah mak suami dia!!!!

  9. shernah permalink
    June 5, 2009 9:07 pm

    huhuhuhu aku suka tinguk keliwon ne.syok arr..

  10. mywanfai permalink*
    June 7, 2009 12:42 am

    ilan,
    bahaya tu… jangan terbawa2…

    shernah,
    sama la kita

  11. June 19, 2009 9:29 am

    Salam,
    saya pun follow siri Keliwon nih, saya penakut sebenarnya, tapi tengok citer nih best plak, at least tau la amalan2 karut yang diamalkan orang2 kita.. layannnnnnn…

  12. June 22, 2009 10:34 am

    lagu ending dia tak kene langsung. tah pape

  13. azie permalink
    December 2, 2009 12:36 pm

    layan juga….

  14. July 18, 2010 7:04 pm

    aku pun takut tngk citer hntu nie………diri nak hati tkut…………klau nk ke dapur pun nak bwa adik……..

  15. February 22, 2011 11:01 am

    fhm jugak eden cita sal keliwon nie…
    eden rasa bonar larh apo yang dikatokan tui…………..

  16. August 12, 2013 11:28 am

    Dahulunya saya anggap keliwon ni hiburan semata. Saya tidak peduli dan ambil tahu hari-hari jawa seperti poon, wageh, paeng, legi dan keliwon sehinggalah pengalaman mengubati kakak yang sakit. Sakit kakak tidak diketahui puncanya. Pakar perubatan memberi berbagai-bagai nama penyakit tetapi segala ubat dan rawatan tidak berkesan langsung.Wajahnya makin pucat dari hari ke hari, cengkung dan kurus melidi dari asalnya berisi. Puas hantar kakak keluar masuk hospital dan klinik kerajaan, swasta tidak ada perubahan akhirnya kami berikhtiar dengan perubatan alternatif iaitu perubatan traditional. Pelbagai ragam kerenah bomoh dan dukun kami temui sehinggalah akhirnya kami sampai ke kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor bertemu Ustaz Adi Wijaya. Beliau bertugas di sekolah agama Daerah Pontian. Tidak tahu kenapa setelah mengira dan mencari punca penyakit beliau minta kami datang semula pada malam JUMAAT KELIWON untuk ritual perubatannya. Yang penting bagi kami, Alhamdulilah kakak telah sihat, pulih seperti sediakala. Saya paparkan kisah ini sebagai tanda kesyukuran kakak saya selamat dan bertujuan membantu sesama kita supaya tidak tertipu dengan bomoh palsu. Dapat saya rakam beberapa foto aksi perubatan beliau dalam :
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/ atau

    http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: