Skip to content

Resipi hari ini – ikan kembung goreng berlada stail minang

March 5, 2009

Aku sebenarnya dah lama tak memasak… seingat aku, last sekali aku memasak pun sekitar tiga bulan lepas, itu pun masak meggi kosong dengan telur je…

Memasak sebenarnya bagi aku adalah aktiviti menyeronokkan, tapi aku tak lah selalu memasak… dulu masa bujang selalu jugak ke dapur, tapi sekarang dah ada bini, biarlah bini aku je yang masak… kan lebih baik suami makan masakan dari air tangan isteri.

Lagi pun, sekarang ni kesibukan kerja menyebabkan aku tak berkesempatan nak ke dapur… kalau dulu rajin jugak aku menyibuk kat dapur bila mak memasak… bukan buat apa pun, cuma tukang kacau je!

Tapi, malam tadi aku tiba-tiba terasa nak memasak… rasa gian pulak nak menunjukkan skil di dapur… maka aku pun masak ikan kembung goreng berlada stail minang!

Aku tak pernah masak ikan kembung goreng berlada stail minang ni, aku pun tak tau macam mana nak masak, resipi ni pun aku dapat dari rakan setugas aku, Fathil yang memang tersohor di kalangan rakan-rakan serumahnya sebagai tukang masak yang hebat!

Dalam entry kali ni aku nak berkongsi bagaimana masak ikan kembung goreng berlada stail minang ni… bahan-bahan kat bawah ni adalah untuk dua orang makan…

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan kembung dilumur kunyit dan garam
  • 10 biji cili merah dan 5 ulas bawang kecil dikisar hancur; 2 keping asam jawa

Cara menyediakan masakan

  • Goreng ikan sehingga masak, kemudian angkat
  • Panaskan minyak dan masukkan cili merah dan bawang kecil yang sudah dikisar tadi dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak
  • Masukkan 2 keping asam jawa serta garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan ikan yang dah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaulkan hingga rata.

Nah… hidangan ikan kembung goreng berlada minang stail sudah sedia untuk dimakan…

Ikan kembung goreng berlada minang stail

Ikan kembung goreng berlada minang stail

Menu malam tadi dilengkapkan lagi dengan telur dadar dan kacang buncis yang dimasak bini aku. Nak tau macam mana rasa ikan kembung goreng berlada minang stail yang aku masak tu?? Hah… sepanjang-panjang makan bini aku tak habis-habis memuji keenakan masakan aku tu.

Menu lengkap hidangan malam tadi

Menu lengkap hidangan malam tadi

Katanya, memang berbeza kalau dibandingkan dengan masak berlada yang biasa dimakannya. Dalam pada dok memuji aku tu, sempat lagi dia tambah nasi… hahaha… memang dahsyat penangan air tangan suami ni… Aku pun tak sangka, cubaan pertama je dah menghasilkan kejayaan yang membanggakan! hahaha…

Kalau korang tak percaya, bolehlah try masak sendiri kat rumah… ala bukan susah sangat pun, simple je… gerenti korang puas hati…

About these ads
11 Comments leave one →
  1. akula permalink
    March 6, 2009 3:36 am

    pehh.. ikan kembung garing + warna sambal tu buat aku lapar la pulak. Sedap makan tu jangan lupakan Arman pulak..
    Takpe.. cuti sekolah nanti apa kata penulis resah masak untuk kaum keluarga dan sanak saudara di kampung?
    p.s. Paling aku tak tahan tengok ikan kembung tu berenang dalam minyak.. cayalah! Esok start!

  2. March 6, 2009 10:36 am

    uuuiii..main sodap laie..knapo xjemput den skali makan..ekau nih…

  3. mywanfai permalink*
    March 6, 2009 9:57 pm

    akula,
    aku dah start dari 1hb lagi, tp macam biasa…. gagal!

    manlukeman,
    eh ko kan berjiran dengan tukang masak tersohor…

  4. azira permalink
    July 28, 2009 12:24 pm

    nak try utk my husband. nampak sedap

  5. amzi permalink
    March 12, 2010 6:25 pm

    mmg sedap sgt resepi tu…my mother in low yg bg tau i resepi ni..die org minang..and masakn ni nama die “sambal telutup”..

  6. salhayati permalink
    December 29, 2010 4:54 pm

    puji ada makna tuuuu…lain kali bole ler isteri rehat lagi

  7. orangpahang permalink
    March 3, 2011 4:18 pm

    kalau buat ngan lado api lg power

  8. ctaida permalink
    September 19, 2011 10:51 am

    suke tengok masakan best ni. tpi nak tanye. 2 keping asam jawa. adakah dimaksudkan asam keping/gelugor? stahu saya asam jawa yang brbiji2 tu..
    maaf ye compius.
    tapi resepi ibu saya, taruk belacan sikit, bwg putih dan merah. cili goreng garing2…. baru masuk ikan wow memang meletup. harum smerbak.

  9. mywanfai permalink*
    September 20, 2011 11:54 am

    Ctaida, sebenarnya asam keping.. Thanks

  10. October 13, 2011 3:18 pm

    layan gak ni..

  11. rozitahanapiah permalink
    November 15, 2011 3:56 pm

    mmg la sedap tapi, mana dpt lak nama minang tu?? resepi tu cuma ikan kembong masak sambal je..kui kui..apepon tahniah sbb rajin ke dapur tlh bini msk..aktiviti camni blh mengeratkan hubungan suami isteri gak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: