Skip to content

Sarapan pagi paling happening… macam-macam ada!

February 11, 2009

Dah lama aku nak masuk entry ni, tapi asyik tertangguh je. Sebenarnya aku nak cerita sambil promosi tempat aku ni. Tapi sebelum tu aku nak bagi tahu sesuatu yang mungkin ramai yang tak tahu mengenai Selayang…

Macam ni, orang Selayang sebenarnya tak beli barang basah seperti ikan, udang, daging dan sayur di Pasar Borong Selayang, diorang beli dekat Pasar Selayang je… aku sendiri tak pernah pergi ke Pasar Borong Selayang walaupun tinggal di Selayang sejak 1984.

Oh ya, jangan terkeliru, ada dua pasar borong di Selayang ni iaitu pasar borong lama yang terletak di Selayang Baru dan pasar borong baru yang terletak di Selayang Lama. Tapi Pasar Selayang jugaklah yang tetap best… ala Pasar Selayang yang dekat Balai Polis tu…

Medan Selera Pasar Selayang

Medan Selera Pasar Selayang

Oklah berbalik kepada topik asal, ketika balik Selayang masa cuti Tahun Baru Cina hari tu, aku mengambil kesempatan menikmati sarapan pagi di tempat kegemaran aku iaitu di Medan Selera Pasar Selayang. Bagi aku, di sinilah tempat sarapan pagi paling happening yang pernah aku jumpa. Mungkin ada yang kata aku bias, tapi kalau tak percaya korang boleh try sarapan kat sini.

Cakap je apa nak makan… makanan Utara, Selatan, Pantai Timur, masakan India, Melayu semuanya ada… di sini juga terdapat kira-kira 50 gerai menjual makanan dan kuih muih antaranya nasi lemak, roti canai, chapati, mee goreng, char kueytiow, laksa, nasi ayam, sate, nasi dagang, bihun sup, tepung gomak, wadeh… eh semua ada lah…

nasi lemak

nasi lemak

Ketika sarapan di situ bulan lalu, aku seperti biasa menikmati nasi ayam dengan fresh oren, wife aku pulak makan nasi lemak… Dulu boleh dikatakan setiap minggu aku dan kawan baik aku, Farisya akan sarapan di sini… nak-nak pulak hari minggu, memang best sarapan sambil baca surat khabar sambil menghisap rokok… fuhhh…

Menu kegemaran aku... nasi ayam dan fresh oren

Menu kegemaran aku... nasi ayam dan fresh oren

Biasanya, orang bersarapan di sini selepas membeli barangan basah dan keperluan dapur… hmmm… kat mana lagi korang boleh jumpa tempat sarapan pagi yang ada 50 gerai sambil boleh beli sayur dan ikan… tempat ni sentiasa penuh dari pagi hingga ke tengah hari, memang happening lah… eh awek pun ramai!

Medan Selera Pasar Selayang

Medan Selera Pasar Selayang

ahhh aku rindukan masa lalu, sarapan pagi di sini dengan kawan-kawan sambil plan apa nak buat pada cuti hari minggu…

About these ads
19 Comments leave one →
  1. February 12, 2009 9:45 am

    Ko tak de kerja lain ke… makan je keje… – kata abang bidi

  2. February 12, 2009 3:58 pm

    adehh…lapar la plak tengok nasi lemak tu…ni dari pagi xmkan lg nih…..

    p/s: Balik selayang nanti nk pegi lah..hehe

  3. February 12, 2009 4:43 pm

    dari pagi td aku tak makan lg nih..ggrrrr….ggrrrr..aku keje sorang..

  4. akula permalink
    February 12, 2009 5:59 pm

    Aku pernah pergi pasar Selayang ni kitorang makan bakso. sedap jugakla. Terasa suasana macam dekat indon. Maklumla awek2 yg meniaga tu ramai kebanyakannya asal dari sana.

  5. mywanfai permalink*
    February 12, 2009 6:39 pm

    tukang canang,
    aku nak promote kampung aku… hehe

    permata nusantara,
    aik, asyik bersajak sampai lupa nak makan ke??

    manlukeman,
    ala sekali sekala keje sorang…

    akula,
    awek indon tu jadi pelayan je, owner melayu… yg penting wadeh kat pasar selayang memang sedap!

  6. wafa permalink
    February 13, 2009 10:55 am

    Mmm.. mee goreng yang sederet ngan nasi ayam tu pun sedap gak..

    p/s: Masa memula keja kat Selayang selalu g sarapan kat situ ngan opismate.. sekarang minum shake jer..hu..hu..

  7. akula permalink
    February 13, 2009 12:20 pm

    hah nanti apa kata penulis resah dan cik wafa arrange majlis reunion kat situ? Pasti meriah..
    p.s. Dah lama tak pekena sate Kajang bersama mak abah dan adik2 aku. Masa kecik dulu selalu mak ngan abah bawak makan sate kat area Kuching.

  8. wafa permalink
    February 13, 2009 12:30 pm

    akula..
    Ko punya ‘flashback’ memang dahsyat…dush..dush.. ko yg lumba makan sate ngan anak makcik tu kan..heheheeh…

    mywanfai
    pas ni kita buat rombongan g melawat kem penrisson bawak arman sekali tunjuk kat dia rumah bakat..hehehe…

    p/s: Teringat first time abah blanja makan ‘bistik’ kat holiday inn kuching.. hehehehe..

  9. akula permalink
    February 13, 2009 1:13 pm

    kah kah kah cik wafa oii.. konfem anak makcik tu menang..
    Memori makan bistik.. pening kepala waiter tu lepas sorang sorang fork ngan spoon jatuh. Tapi aku agak penulis resah tak ingat sebab masa tu dia kecik baya2 emran.
    Teringat rumah bakat depan umah jadi inspirasi penulis resah.. hu hu..

  10. wafa permalink
    February 13, 2009 2:03 pm

    akula..
    Seingat aku penulis resah masa tu still duk dlm coffee house punya baby seat …hahahaha…

  11. mywanfai permalink*
    February 13, 2009 2:23 pm

    akula & wafa,
    fork dengan spoon jatuh tu aku pernah dengar cerita tu… rasa2 ingat… tapi part lawan makan sate tu ni 1st time aku dengar… hoho…

  12. akula permalink
    February 13, 2009 2:34 pm

    aku rasa kalau penulis resah yang lawan makan sate sure boleh menang.. sedangkan kari kambing tu pun baper kali tambah..

  13. February 13, 2009 3:35 pm

    owh…PermataNusantara belum lahir lagi ketika cerita2 di atas itu terjadi…haha…..

  14. mywanfai permalink*
    February 13, 2009 6:55 pm

    akula,
    itu dulu… tapi sekarang dah start

    permata nusantara,
    masa tu memang tak lahir lagi, tapi kalau kisah roti gulung dan pbbt mesti permata nusantara ingat…

  15. February 14, 2009 1:36 pm

    Confirm Pasar Selayang memang tempat makan yg best setakat ini. Mana pergi pun balik Selayang, Wanfai mesti lepak kat sini dgn kawan baiknya Farisya.

    Makan, makan juga, diet kontrol….badan semakin naik, nampak size baju dah nak masuk xxl.

    Nampaknya azam tahun baru Wanfai salah satunya termasuklah KONTROL MAKAN he..he..

  16. mywanfai permalink*
    February 14, 2009 4:31 pm

    wah mak dengan abah pun dah pandai bagi komen… hehe… kalau balik selayang memang tak boleh nak kontrol, lagi2 kalau mak yang masak…

  17. Zackk permalink
    February 15, 2009 10:07 am

    Ehhh…apasal tak sebut ba kut teh pun sedap kat situ….???

  18. mywanfai permalink*
    February 15, 2009 10:39 pm

    Zackk,
    kat sini semua makanan halal ma…

  19. sape2 jela.. permalink
    February 28, 2009 2:30 am

    lawak r komen2 kat cni..kehkeh..
    nk makan kue tepung gomak tu r..dah lama xmakan mehun sup kt ctu…nasi lemak yg sememangnye berlemak pon sedap..waaa..lapaq r…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: