Skip to content

10 maut kemalangan di Gua Musang… behind the scene!… misteri…

January 3, 2009

HARI kedua 2009 pada mulanya aku lalui dengan tenang… tetapi kira-kira jam 12 tengah hari, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang rakan mengenai kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Gua Musang yang meragut 10 nyawa… Maka, bergegaslah aku bersama rakan setugas serta jurugambar ke Gua Musang yang jaraknya hampir 200 kilometer dari Kota Bharu.

Barang diingat, 200 km yang perlu dilalui itu bukannya highway tiga atau dua lorong seperti PLUS atau LPT… tetapi hanya jalan persekutuan yang berlopak sana-sini dengan laluan berbukit dan puluhan selekoh tajam… jalan yang sama juga turut dilalui puluhan bas ekspress dari Kota Bharu ke KL, lori balak dan treler… ditambah pula hujan lebat sepanjang perjalanan… kiri-kanan jalan jangan cakaplah, hutan sepanjang-panjang jalan… memang menggerunkan!

Sepanjang bertugas di Kelantan, inilah kali pertama aku membuat liputan kes kemalangan yang sebegini besar… Sebelum ini, kemalangan paling dahsyat yang aku cover pun dalam empat orang mati… Kemalangan semalam (2/1/2009) berlaku di Kilometer 121 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk, kira-kira 700 meter dari R&R Gua Musang.

Kenari yang mengorbankan lima nyawa

Kenari yang mengorbankan lima nyawa

So, dari Kota Bharu, kami tiba terlebih dulu ke tempat kejadian kira-kira jam 3.30 petang… ketika itu, hanya Perodua Kenari yang terbabit dalam nahas itu masih berada di lokasi, manakala dua lagi kenderaan yang terbabit iaitu Kancil dan Nissan Mureno sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang… selepas mengambil gambar Kenari merah yang remuk teruk itu, kami meneruskan perjalanan ke IPD untuk sidang akhbar sebelum ke Hospital Gua Musang untuk menemu bual keluarga mangsa.

Kancil... 6 penumpang, 5 maut

Kancil... 6 penumpang, 5 maut

Dalam kemalangan itu, lapan mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan… semua mangsa dilaporkan tersepit dalam kenderaan yang remuk, ada juga yang tercampak keluar… Seorang mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang, manakala seorang lagi mati sebaik tiba di hospital… dua mangsa parah termasuk bayi berusia 18 bulan dan seorang lagi tidak dikenal pasti… tiga lagi mangsa cedera ringan.

Aku tak nak cerita lebih lanjut mengenai kemalangan ni… bagaimana kemalangan berlaku, nama semua mangsa dan tempat asal mangsa pun aku rasa korang dah tengok pun di TV atau membacanya di akhbar. Sedih mengenangkan kemalangan ngeri ni, apa lagi tiga kanak-kanak berusia 12, 7 dan 5 tahun turut terkorban… namun, semua yang berlaku adalah ketentuan-NYA…

Nissan Mureno... 1 parah, 3 cedera ringan

Nissan Mureno... 1 parah, 3 cedera ringan

Dipendekkan cerita, ketika berada di hospital, aku sempat berbual dengan seorang penduduk Gua Musang yang berada di hospital itu… aku tak tanya pulak siapa dia dan atas tujuan apa dia berada di situ.. mungkin nak melawat jenazah kot sebab lima mangsa yang terkorban dari kereta Kancil berasal dari Gua Musang.

Mengikut cerita mamat tu, tempat kemalangan itu iaitu di Gua Sejuk memang keras… katanya, setiap tahun pasti akan ada nyawa yang melayang akibat kemalangan jalan raya di kawasan itu. “Kalau lalu kawasan tu, saya akan pandu dengan perlahan… kawasan Gua Sejuk tu keras… haa, bila masuk tahun baru macam ni, `dia’ nak `makanlah’ tu…,” kata brader yang berusia dalam lingkungan awal 30-an itu.

Aku tak pasti siapa yang dimaksudkan sebagai `dia’ oleh mamat tu dan aku juga tak pasti sejauh mana kerasnya kawasan Gua Sejuk sebab aku bukan penduduk tempatan… tapi aku akui kawasan tu memang berbahaya dan mempunyai selekoh panjang…

Selepas selesai menghantar story, kami bertolak pulang ke Kota Bharu lebih kurang jam 7.15 malam… aku yang duduk di belakang hanya melayan perasaan, mungkin terlalu penat kot dan perut pun lapar… kami melalui semula tempat kejadian kira-kira jam 7.45 malam, ketika itu hari dah mula gelap dan hujan agak lebat… tiba-tiba, seorang member aku berkata, “Eh, apa pulak orang tu buat kat sini (tempat kemalangan) waktu-waktu macam ni,” katanya membuatkan aku yang berkhayal tadi terus menoleh melihat `orang’ yang dikatakan itu.

Tetapi, perkara itu tergantung sehinggalah kami sampai ke Kuala Krai dua jam kemudian apabila member aku ni kembali bersuara, “Aku peliklah, apa `orang’ tu buat kat situ ketika hari dah gelap… aku memang nampak tadi ada seorang lelaki dan seorang perempuan, dua-dua pakai baju putih… aku tak nampak pulak ada kereta berhenti kat situ, diorang tu datang dari mana? Mana ada rumah dekat-dekat kawasan tu… kenapa diorang tak pakai payung sedangkan waktu tadi tu hujan,” katanya panjang lebar menceritakan apa yang dilihatnya.

“Korang nampak tak?,” katanya lagi kepada kami… “Aku pun nampak jugak,” jawab Syam yang memandu kereta… Kemudian aku pun bersuara, “Korang nampak orang tu pijak tanah ke tak?… lalu mereka berdua menjawab tak pasti kerana keadaan ketika itu gelap.

Aku tak perasan pun ada berapa orang kat situ sebab masa melalui kawasan tu, aku sedang melayan perasaan… tetapi ketika menoleh ke tempat kejadian, seingat aku, aku nampak kelibat seorang lelaki, tak nampak pulak ada perempuan kat situ…. dan aku juga nampak ada sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan, mungkin milik lelaki tu… Ahhh… benda-benda macam ni lah yang aku tak suka!

14 Comments leave one →
  1. January 3, 2009 4:20 pm

    blog misteri pulak ko ni..

  2. January 3, 2009 6:19 pm

    nie lebih dari misteri nusantara…. goreng jangan tak goreng bang… muahahaha

  3. mywanfai permalink*
    January 3, 2009 6:55 pm

    manlukeman & tukang canang – ni kisah benar… kalau tak percaya tanya Bob Kosmo… dia pun melalui pengalaman yang sama

  4. akula.. permalink
    January 3, 2009 8:04 pm

    aku pun rasa kau patut masukkan pengalaman sebenar kau cover story tu sebab kalau nak baca story tu .. semua sokkaba dah ada..

    hu hu..

  5. mywanfai permalink*
    January 3, 2009 9:58 pm

    akula… – ada gambar lagi… tapi aku tak nak masukkan kat sini sebab 18 SG… lagipun aku sendiri pun tak tergamak nak tengok…

  6. January 4, 2009 12:13 am

    huh….lenkali nampak je kelibat benda pelik…tengok kaki die…huhu….alamak…dah lewat malam nih…baik tido…..

  7. mia_qistinaLUNA permalink
    January 4, 2009 5:56 pm

    what a great story! meremang je…anyway,happy new year n u all ati2 la ble drive k.kite xtau ape nasib kite nanti…

  8. mywanfai permalink*
    January 4, 2009 6:07 pm

    PermataNusantara – nak tgk kaki macam mana kalau gelap…

    mia_qistinaLUNA – tq

  9. bla_gak permalink
    January 4, 2009 6:40 pm

    ..memang seram tp ending xbest..mcm ilang feel. anyway penglman yg baguih.

  10. mywanfai permalink*
    January 5, 2009 5:41 pm

    bla_gak – ending cerita ni sengaja dibiarkan tergantung… baru nampak macam drama melayu – jangan pandang belakang… hehe

  11. pisang permalink
    January 8, 2009 9:56 am

    boleh bagi tahu tak
    tempat “benda” itu berdiri kat mana?

    kat temapat kenari merah ke
    atau
    kat tempat kancil tu?

  12. mywanfai permalink*
    January 8, 2009 11:10 am

    pisang – saya tak pasti sama ada yang berdiri tu orang atau memang `benda’ tu… sebab kawan-kawan saya yg nampak…

    Saya cuma nampak ada seorang lelaki berdiri kat situ, tapi kawan-kawan saya kata nampak dua orang – seorang lelaki dan seorang perempuan

    Saya nampak ada kereta berhenti seberang jalan, mungkin milik lelaki tu kot… tapi kawan-kawan saya kata tak ada kereta kat situ…

    Saya tak pasti orang tu berdiri di kawasan mana sebab keadaan dah gelap…

    Bagi saya, yang berdiri hari tu mungkin orang yang nak cari barang yang mungkin ada sekitar kawasan kemalangan tu kot… wallahualam…

  13. Man_Muse permalink
    March 18, 2009 11:59 am

    Gua sejuk@Bukit sejuk@bukit botak berdekatan rnr gm memang tempat selalu berlaku kemalangan maut…. Hati2 dijalan raya

Trackbacks

  1. EKSKLUSIF – IMBASAN PERISTIWA SEPANJANG TAHUN 2009 | Andimazlan.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: