Skip to content

Hari-hari terakhir Kolam Air Panas Selayang

December 31, 2008
Kolam Air Panas Selayang

Kolam Air Panas Selayang

Kampung halamanku, Selayang sebenarnya bukan saja terkenal dengan Pasar Borong Selayang yang menjadi lubuk kepada pekerja asing dari Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Indonesia mencari rezeki. Tetapi, Selayang sebenarnya turut mempunyai pelbagai tarikan lain yang mungkin ramai yang masih tak tahu.

Selain kedudukannya yang berdekatan dengan pusat perkelahan Ulu Yam dan Templer Park, Selayang sebenarnya terkenal dengan Kolam Air Panas yang terletak di tepi Jalan Kuching menuju ke Rawang. Kolam air panas itu mempunyai tiga kolam kecil yang mempunyai paras kepanasan yang berbeza… apa yang menarik, kesemuanya boleh dinikmati secara percuma… Pengunjung khususnya dari sekitar Lambah Klang tak perlu mengeluarkan belanja untuk ke jakuzi di hotel mahupun spa.

Sebagai budak Selayang, aku bersama kawan-kawan pernah beberapa kali mandi air panas segar di sini… Biasanya pengunjung akan berbondong-bondong ke sini pada waktu malam, khususnya hujung minggu, sampaikan kadang-kala terpaksa menunggu giliran untuk mandi…

Perghhh… panasnya memang tak ingattt… Aku tak cukup tabah nak berendam satu badan… biasanya cuma main air je dengan merendamkan hujung kaki ke dalam kolam untuk cukup syarat. Punyalah panas kolam ni sampaikan badan akan keluar asap sesudah berendam dalam beberapa minit.

Ramai yang percaya, kolam air panas ni bukan saja mampu menyegarkan badan dan menghilangkan rasa lenguh sendi-sendi, malah boleh mengubati penyakit kulit sehinggakan pengunjungnya bukan saja datang dari sekitar Selayang dan KL, malah dari Klang, Shah Alam dan Negeri Sembilan… pelancong luar negara pun selalu berkunjung ke sini… huh, hebat betul kampung halaman aku ni…

Malangnya, kolam air panas ni mungkin tidak boleh lagi digunakan orang ramai secara percuma… ini kerana kawasan itu akan dibangunkan dengan sebuah kondominium dan rumah kelab oleh Majlis Perbandaran Selayang dan sebuah syarikat swasta. Bilik pameran untuk mempromosikan kondo tu pun dah mula dibuka di kawasan letak kereta di situ. Kerja tanah di belakang kawasan kolam air panas itu akan dimulakan tak lama lagi sebelum pembinaan kondo itu dijalankan.

Walaupun duduk nun jauh di perantauan dengan jarak 450 kilometer, tetapi aku masih sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di kampung halaman… Macam manalah YDP MPS boleh luluskan projek ni?? Aku berharap kerajaan PKR Selangor ambil perhatian isu ni… Kalau tidak, Selayang akan hilang satu lagi daya tarikan selepas air terjun Bukit Lagong atau Park Lam yang dulunya terkenal sebagai pusat perkelahan, kini umpama hidup segan mati tak mahu…

Ohh, nampaknya satu lagi tempat yang pernah menjadi nostalgia sepanjang aku membesar di Selayang akan lenyap tak lama lagi…  haa, kepada sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke kolam air panas Selayang, segeralah berbuat demikian sebelum ia menjadi milik eksklusif pemilik kondo itu nanti. Kalau tak pun, beli je satu unit kondo di situ, for sure boleh mandi percuma hari-hari… siap ada life guard lagi… huhu… eh, aku nak tengoklah rumah contoh kondo tu, mana tau menarik… kalau ada duit boleh beli…

About these ads
10 Comments leave one →
  1. izzati permalink
    January 14, 2010 12:57 pm

    salam…..sy nk tnye sekiranya kami drpd kwsn gombak..jln mn yg ptot kami ambil if nk ke kolam air panas nie?

    • saiful hairil permalink
      January 24, 2012 8:03 pm

      ambk la jalan ke rawang…

  2. mywanfai permalink*
    January 14, 2010 3:50 pm

    izzati,
    lalu jalan kuching menghala ke rawang… kolam air panas ni betul2 kat tepi fly over yang nak ke pejabat tanah…

  3. November 12, 2010 10:47 pm

    salam, ye ke kolam air panas tu dah nak tinggal nama je nanti..uhh berasa sedih pulak coz selalu setiap malam saya pergi kesana untuk main air..ye lah saya tinggal di Jln SU berdepan dengan selayang mall..

    • saiful hairil permalink
      January 24, 2012 8:07 pm

      ouwh kt dpan selayang mall tu ea..
      erm asl da nk kne ttp plak???
      ce gtau sye skit??

  4. adzie permalink
    January 25, 2011 11:35 pm

    still ada lagi ke kolam air panas ni..? ingat nak pergi cuti raya cina ni..ada pe2 bayaran?

  5. cik afey permalink
    November 15, 2011 2:19 am

    pagi kolam ni bukak tak ? ke ada hari hari dan waktu waktu di tutup ?

  6. Qars permalink
    January 9, 2012 12:15 pm

    ade lagi la kolam tu…saya baru pegi last week..cuma bayar msuk parking kete je. RM 2 jer…xplu beli condo sana pun stil leh masuk

  7. hafiz permalink
    October 13, 2012 7:43 pm

    setelah hampir empat tahun kolam tesebot maseh boleh digunakan.malam ni nk g.google tbe bg link blog nie.

  8. November 23, 2012 4:07 pm

    nak buat research pasal kolam nie.tapi terlalu banyak isu la yang berkait.tahu tak sejarah pasal kolam nie? sekarang kolam nie da tak berbayar da.lagi pun tmpt nie tak diselenggara dengan baik.ramai yang datang je.pastu balik sebab dorg rasa geli. mybe sbb keadaan yg terbuka n kotor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: